Unggun BERSIH A.Samad Said



credit to Dzar Adullah Amir
Tajamnya gelombang warna kuning, tajam lagi lidah Pak Samad...

Di pihak sebelah sana,
polis ada, askar ada,
juga pancutan air bisa,
selain bom gas bahaya,
malah helikopter juga.
Di pihak sini pula
yang sedia ada hanyalah
jersi kuning serta doa...




serangkap Pantun dari ana...

Kalau padi katakan padi,
Tidaklah saya tertampi-tampi,
Demo BERSIH hari ini,
Tidak dapat saya hadiri....

Apa khabar Malaysia hari ini? Maafkan saya, Ana perlu berada di lab seawal pagi. . Semoga Tuhan memberkati perjuangan kalian dan pengajian ana...

Kesian Pak Samad (Dato' A. Samad Said), dalam usia setua itu masih dianggap ancaman. Tetapi kita ada bangsa materil yang akan lakukan apa sahaja demi kuasa.

Bukan sedikit suara-suara yang didengar mengatakan betapa Pak Samad seharusnya terus berkarya tanpa tunduk kepada meyentuh soal politik. Malah ada yang hingga mengatakan yang Pak Samad digunakan oleh pihak yang tidak menang-menang itu. Pak Samad pada pendapat mereka hanya perlu hanyutkan pembaca dengan cinta-lara atau momokkan mereka dengan hantu siang-malam. Kemudian tidur. Beliau sudah tua, perlu rehat, kata mereka - berjenaka.

Inilah penyakit negara ini. Siapa sahaja yang mengkritik adalah pembangkang. Sifir penduduk negara komunis. Langsung tidak boleh bersuara. Langsung tidak boleh mengkritik. Kita cuma perlu angguk setuju apa sahaja yang dilakukan oleh pemerintah tanpa perlu berfikir kerana berfikir adalah pembangkang, berfikir adalah kerja iblis. Lalu semua orang otomatis menjadi musuh negara sehingga mereka menyokong kerajaan. Sifir siapa yang mereka gunakan jika tidak sifir para diktator.




Puisi : A. Samad Said
Muzik : Az Samad


Unggun Bersih

Semakin lara kita didera bara—
kita laungkan juga pesan merdeka:
Demokrasi sebenderang mentari
sehasrat hajat semurni harga diri.

Lama resah kita—demokrasi luka;
lama duka kita—demokrasi lara.
Demokrasi yang angkuh, kita cemuhi;
suara bebas yang utuh, kita idami!
Dua abad lalu Sam Adams berseru:
(di Boston dijirus teh ke laut biru):
Tak diperlu gempita sorak yang gebu,
diperlu hanya unggun api yang syahdu.
Kini menyalalah unggun sakti itu;
kini merebaklah nyala unggun itu.




Catatan usrah hujung minggu ~ Mari belajar bersyukur. Letakkan tangan pada dada dan kata, 'terima kasih Ya Allah kerana tidak mendatangkan sakit jantung kepada aku. Letakkan tangan di atas kepala dan kata, 'terima kasih Ya Allah kerana tidak memberi sakit barah otak kepada aku. Letakkan tangan pada kaki dan kata, 'terima kasih Ya Allah kerana tidak menjadikan aku tempang.'


Amin Yarabbal alamin...


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Full Edit By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.