lacrimal gland






tiba-tiba teringat, menyelusuri tulisan Salim A. Fillah tempoh hari, ada satu bahagian (antara beribu-ribu bahagian) yang membuatkan mata ana kabur sebelum tulisan itu dihabiskan. penat la macam ni. lacrimal gland asyik nak terstimulate je.

diceritakan dari Rasulullah. tentang seorang hamba yang ingin bertaubat (kalau tak silap saya). lalu dengan segala kesungguhannya, dia bersiap sedia dengan bekalan segala. unta, makanan, minuman dan segala kelengkapan menuju ke sebuah negeri.

merentasi padang, gurun, bukit bukau (ada ke?). sehinggalah dia kepenatan dan berhenti untuk berehat lalu dia tertidur di bawah sepohon pokok. nak dijadikan cerita, apabila dia terjaga, dia mendapati unta dan segala bekalannya telah tiada!

gila meroyan dia mencari. berlari ke sana sini. sedang ketika itu dia ditengah-tengah padang pasir. sepertinya mustahil untuk untanya dicuri. kepenatan, hampir berputus asa dan memikirkan bagaimana dia mahu hidup di ketandusan padang pasir, dia akhirnya tertidur lagi, dalam setinggi tawakal.

apabila dia terjaga, dia terkejut melihat unta dan segala barangnya berada di depan mata. terloncat kegembiraan dia menjerit,

"Allahumma anta 3abdi, wa ana rabbuk!"
"Ya Allah, sesungguhnya Engkau hambaku dan aku TuhanMu!"

dahi ana berkerut ketika ini. tapi kalian tahu apa sambungannya?

diceritakan, Allah ketawa. lalu Dia mengampunkan segala dosa lelaki itu dan memasukkannya ke dalam syurga.




*****

Allah ketawa.
lalu Dia mengampunkan segala dosa lelaki itu.
dan memasukkannya ke dalam syurga.

ketika membaca pada rangkap ini mata ana kabur. (dan masih juga ketika ana menaip kembali). entah kenapa, ana terfikir. dalam episod kehidupan ana selama 22 tahun ini, pernah tak berlaku sesuatu yang 'mencuit hati' Allah ya.

ana ingin sekali, Dia 'ketawa' dengan gelagat ana.
supaya dengan itu Dia mengampuni dosa-dosa ana.
dan memasukkan ana ke dalam syurga.

ana ingin sekali buat Dia 'ketawa'. dan ingin sekali melihat Dia 'ketawa'.

.. simple-minded sungguh kamu. andailah syurga itu sesenang itu, kan. huh

cumanya, ana selalu percaya, syurga bukan milik orang yang beramal banyak. sebab kita tidak pernah tahu sejauh mana amal kita diterima. dan sejauh mana amal kita dikira.

syurga bukan milik orang baik-baik. sebab kita tidak pernah tahu, dalam kebaikan yang kita lakukan, mungkin ia tercatat sebagai kejahatan oleh cik 3atid.

syurga itu, boleh jadi milik kita. dan boleh jadi juga bukan milik kita.

kita tak pernah tahu.
kita tak pernah tahu.

cumanya juga, ana selalu yakin, syurga adalah milik orang yang selalu bersangka baik padaNya. sebab kita tahu, segala kebaikan yang kita lakukan, sekelip mata boleh menjadi debu yang bertaburan. hangus terbakar.

dan segala kejahatan yang kita lakukan, Allah itu Maha Pengampun lagi Maha Menerima Taubat. dosa kita terampun belum sempat kita meminta. taubat kita diterima belum sempat kita bersungguh.

dan bersangka baik itu, selalu memacu kita ke arahNya. dalam keadaan cepat atau lambat. berlari atau merangkak.

bersangka baik itu, pada ana kekuatan yang memandu ke arah syurga. moga-moga.

kerana hadiah syurga itu, hanyalah semata dengan rahmatNya.
semata-mata.



ni lagi sentap. yang kalau dengar selalu buat mata ana kabur. setiap kali pulak tu. osem pulak bila adik  buat alarm tone. set jam pukul 2, 3 pagi, tapi tak pulak bangun! haih!

penat la kan kalau setiap kali bunyi, lacrimal gland ni asyik nak terstimulate je. hew..

tapi sebenarnya ana syukur. sekurangnya ana tahu, hati yang ana sangka selama ini dah mati, rupanya masih hidup bernafas.

sekurangnya ischemic, tak sampai tahap necrosis. dapat buang punca obstruction, enough blood supply, insyaAllah kembali sihat.

doakan ana kuat membuang puncanya.

semoga di celahan kesakitan itu, masih ada ruang untuk sensitif pada sentuhanNya.

3ala kulli hal, alhamdulillah~



Allahumma inna nasaluka ridhaaka wal jannah.
wa na3uzubika min sakhatika wannar~




sambut rinduku, Tuhan...
atas segala keredhaan...


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


1 comment

27 April 2012 pada 10:55 PG

Sama2 la kta buang prasangka yg buruk tu. Sb makin lama makin teruk

Catat Ulasan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Full Edit By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.