Seungguhnya usia 40han adalah usia penentu sama ada dia memilih jalan kebahagian atau kecelakaan. Nabi diangkat menjadi Rasulullah ketika usia begitu.Banyak orang berubah setelah mencapai usia begitu, daripada tak pernah ke mesjid mula berjinak dengan mesjid. Mula nak mendalami ilmu agama dan sebagainya
Tidak kurang juga terdapat yang perangainya lebih dahsyat.Umur dah 40han masih lagi gila berkareoke,perangai mengalahkan orang muda,besembang tak dak cerita lain pasal perempuan,pasal nak cari duit banyak-banyak dan macam-macam lagi karenah huduh mereka.Waktu maghrib orang ke mesjid untuk solat dia sebok mencuci kereta dengan seluar pendeknya.
Justeru.. kerana itulah kita diminta berikhtiar kerana kita diberi akal kerana kita sendiri tak tau Qada dan Qadar kita meskipun perkara itu telah ditetapkan oleh Allah. Jangan mudah menyalahkan Qada dan Qadar dengan berkata 'Aku jahat sebab Allah dah tentukan aku jadi jahat' Kenapa soal rezki kita tak berkata begitu..? Sebaliknya kita bertungkus lumus pagi petang siang malam mencari harta. Hidayah juga perlu dicari ia tidak akan datang dengan sendirinya.
Nabi sebut usia 40 bukannya apa, kerana ia menjadi titik tolak kepada perubahan dalam hidup. Kalau ia terus dengan kehidupan yang melalaikan dan memiliki tabiat tertentu yang tidak baik, maka lazimnya ia akan teruskan cara hidup yang demikian melainkan ia cepat sedar dan kembali ke pangkal jalan. Manakala bagi sesetengah lelaki pula, sekitar umur 40 ialah tempoh waktu ‘miang’ dan ‘darah muda’ kembali semula. Sejauhmanakah kebenarannya?
Bagi sesetengah orang perempuan, umur 40 adalah suatu yang menakutkan. Kata orang, perempuan kalau
umur 20 maknanya mengancam
umur 30 maknanya macam-macam
umur 40 maknanya diancam
umur 50 maknanya terancam
umur 60 maknanya dah tak boleh cam...