chumel.. |
ketika entry ini di taip satu-persatu.. PENULIS SEDANG TERsengih-sengih serba salah. target nak study, tapi idea tengah datang ni. pandang bulan, senyum. okay, sekejap je~
"an eye is an eye". sekali lagi bicara saya tentang mata, tulisan dan hati. saya kira, lecture tentang mata masih lagi membuahkan rasa cinta. uhh, semoga Allah pelihara rasa ini. manis sungguh bila 'nampak' sesuatu perkaitan dengan apa yang kita belajar.
kalian tahu, bagaimana mata kita berfungsi? secara simple nya, kita ada tiga komponen penting yang mencuri hati saya. cahaya, mata dan fovea centralis.
cahaya yang menembusi mata, akan tertumpu pada retina untuk menghasilkan image pada otak. dan pada lapisan retina terdapat satu depression yang dinamakan fovea centralis. fovea centralis berfungsi menghasilkan image pada object yang kita fokus. manakala kawasan retina lain akan menghasilkan image sekitarnya.
contoh, ketika kalian membaca ayat ini, yang jelas pada pandangan kalian adalah perkataan INI, kan? tetapi kalian masih melihat image di sekitarnya. tulisan lain, skrin laptop, keyboard dan objek-objek lain seluas angle view manusia.
jadi yang jelas itu, cahayanya tertumpu pada fovea centralis, dan untuk image sekitarnya pula, cahaya jatuh pada kawasan retina yang lain. jelas ya anak-anak? gila saintifik penerangan. dasar budak medik. =.=!
dan tulisan. pada saya, sebuah tulisan indah itu umpama cahaya yang terpilih untuk tertumpu pada fovea centralis.
dan pada saya, fovea centralis umpama sebuah hati. banyak cahaya yang memasuki mata, tetapi bukan semua yang tertumpu memasuki fovea centralis.
banyak tulisan yang dibaca, tapi bukan semua yang tertumpu memasuki hati. kan?
indah sungguh sebuah tulisan yang mampu menuju tepat ke hati. dan apabila dibaca mampu merawat segala penyakit. kerana kita tahu, baiknya hati membaikkan segala anggota lain.
dan sayang sungguh sebuah tulisan yang dibaca (atau ditulis T__T) kosong. umpama cahaya yang memasuki mata tapi terbias pada kawasan retina lain.
menghasilkan image kabur.
saya teringat satu kata-kata indah. lupa pula dinukilkan oleh siapa. dan entah di mana saya pernah membacanya.
katanya lebih kurang,
"saya tidak mahu menjadi seorang doktor. mahupun seorang penulis. tapi saya mahu menjadi seorang doktor yang menulis. dan seorang penulis yang merawat."
indah.
dan saya cukup tahu. tulisan ini membelasah diri saya sendiri. entahlah tulisan ini mampu menuju tepat pada fovea centralis kalian, atau hanya terbias pada kawasan retina lain.
entahlah.
faham ke?
tak faham sudah.
saya cuma harap. apa sahaja yang saya belajar, saya lihat Dia. satu nikmat sebenarnya jika kita dapat mengaitkan setiap perkara kepada Dia.
nota kaki: jangan lupa baca berulang-ulang-ulang kali kasi lekat. nanti masuk exam~ ^^
tak faham sudah.
saya cuma harap. apa sahaja yang saya belajar, saya lihat Dia. satu nikmat sebenarnya jika kita dapat mengaitkan setiap perkara kepada Dia.
nota kaki: jangan lupa baca berulang-ulang-ulang kali kasi lekat. nanti masuk exam~ ^^
1 comment
"seorang penulis yang merawat"
yeay!!!~