jika ana tanyakan,
lelaki, apa mahumu? apakah jawapan kalian?
ana pelik pada lelaki yang menyumpah seranah, perempuan yang bergaul, berpakaian bebas. menuduhnya punca nafsunya terangsang. ini mungkin dapat difahami.
tapi pada masa yang sama, dia menyumpah seranah perempuan yang menjaga pergaulan, menjaga pakaian. menuduhnya menyusahkan urusan, jumud dan tertutup.
dia menegur begitu begini namun apabila perempuan itu tergerak untuk meraikan, sekurangnya untuk tidak rasa dia menyusahkan, dia mengatakan yang perempuan ini tidak tetap pendirian.
ana juga pelik pada lelaki yang memandang kami sebagai terlalu tertutup. dan 'mengejek' kami dalam hal yang kami rasa betul. entah apa yang diharapkan, baru bergelar kawan. entah apa indikator yang mengiktiraf kita teman sekuliah.
lelaki, apa mahumu?
gurau mesra? bercanda? keluar makan bersama? saling berkongsi rasa? berkenalan sehingga benar tahu warna dan makanan kegemaran? bertukar hadiah? atau apa? baru boleh dikatakan kita saling mengenali?
sungguh lelaki begini, padamu tiada sifat syukur!
bersyukurlah...
kerana dia ingin benar mendapat redha Tuhannya. ingin benar bersama berkongsi syurga. sebesar ini cinta kami pada kalian.
tidakkah kalian mempunyai perasaan yang sama?
ana tak lupa, kita, meskipun berbeza jantina, kita terikat dengan aqidah yang sama. lagi kukuh dari hubungan yang dibina dengan berbual mesra. lagi utuh dari hubungan yang dibina dengan berbalas hadiah. kita berhubung, diiringi redhaNya.
bagi ana, ini antara contoh definisi professionalism dalam muamalat. ini cara ana menghormati kalian. dan ini juga cara ana rasa dihormati.
5 comments
Biasanya lelaki akan cari Perempuan yg baik untuk berkahwin. Kalau nk berfoya2 cari yg kurang baik. Kemahuan sebenar lelaki ni susah nak kita faham. Terpulang pd individu tu sdri.
Assalammualaikum...
pendapatku..aku juga tak memahami 'bangsaku'..
aku kesal..
lelaki yang baik, kamu tidak akan menemui mereka di tengah ramai...(kecuali dia berdiri di tempat tinggi untuk menyampaikan peringatan Allah)...
Di tempat menuntut ilmu dia berada dihadapan sekali...dia tidak memilih jalan yang ada perempuan lalu...jika terpaksa berkongsi jalan pun dia akan berusaha berada di hadapan perempuan dan terus laju menjauhkan jarak..
Kita tak temui lelaki baik di tempat ramai orang kerana mata dan hatinya sakit melihat 'bercampurnya' manusia.
pandangannya tertunduk bila hanya terasa ada 'kelibat' wanita...
pandangannya dari mata ke mata bila perbualan antara lelaki dengan lelaki (pendengar yang baik)
tempatnya selalu bersama keluarga, ibu, guru dan sendiri...
lelaki yang baik juga jika mahu berkahwin, dia nyatakan hasratnya terus kepada wali perempuan...dengan adabnya...
dengan izin allah..
kpd 'tanpa nama'.Awk ni penganggu..
tanpa nama..sila nyatakan nama.. :)
allahumma amin...