"Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengkhianati Allah dan Rasul (Muhammad) dan (juga) janganlah kamu mengkhianati amanat-amanat yang dipercayakan kepadamu, sedang kamu Mengetahui.” (Al-Anfal: 27)
Demi Cinta pada Allah & Rasul,
tunaikan tanggungjawab atas dasar cinta,
wahai jiwa yang cintakan kebenaran,
agar engkau tidak berdosa dihadapan Allah ta'ala...
CINTAKANLAH DIA KERANA ALLAH...
"Ya Allah, tunjukanlah kami jalan yang lurus..."
amiin
***************
kalian tahu, di mana istimewanya seorang perempuan?
istimewa seorang perempuan, bukan pada perhatian dari lelaki.
bukan pada bunga yang dihulurkan. bukan juga pada penghargaan melalui perkataan. bukan pada pujian melambung. bukan juga pada mesra menggunung.
berhati-hatilah. boleh jadi perbuatan kalian sebegitu menjadi satu penghinaan pada seorang perempuan.
istimewa seorang perempuan terletak pada sejauh mana dia menjaga maruahnya. dan sejauh mana kalian turut sama membantunya menjaga maruah.
segagah-gagah lelaki adalah yang menjaga maruah perempuannya. dan selemah-lemah perempuan adalah yang menggadaikan maruahnya kerana lelaki.
ketahuilah yang hati seorang perempuan terlalu lembut. janganlah kalian berani menyentuhnya melainkan kalian benar bersedia.
dan menjadi seorang perempuan, izinkan ana menyimpannya untuk si kunci syurga yang benar-benar berhak.
"bersyukurlah, dengan kehadiran perempuan yang bersungguh ingin menjaga diri dan hatinya. kerana dia tahu, dia turut sama membantumu. kerana dia tahu, dia fitnah yang disebut-sebut sang Rasul. kerana dia tahu, dia ada kuasa yang boleh membuatkan seorang lelaki sujud pada kakinya!"
"...sehingga saat itu, biarkan saja hati ini disentuhNya. dipenuhi cintaNya. diukir dengan kalimatNya.
sehingga saat itu, izinkan ana terus menjadi puteri lindungan Tuhan..."
Subhanallah.....
nota hati : nak jadi puteri lindungan Tuhan :')
seiring istighfar...
semoga DIA redha...