Ada student - student Medik yang rasa inferior dan tak mahu bersuara kerana merasakan ceteknya pengetahuan agamanya. Tak mampu nak hafal kitab - kitab agama beserta pengarangnya. Bila membaca hadith tak mampu nak menentukan taraf hadith tersebut, bagaimana status perawinya. Tak mampu nak membawa idea ulamak tertentu dan kritikan ulamak lain terhadap idea tersebut..
Come on..jangan mudah pandang rendah pada kelebihan diri. Bukankah awak jugak menghafal pelbagai side effects of drugs? Erythromycin.. PPI....Beta Blocker..Bukankah awak juga tahu bahawa pesakit Infectious Mononucleosis yang mengalami sakit tekak tak patut diberi amoxicillin ataupun ampicillin kerana akan menyebabkan naiknya severe rash di kulitnya? Bukankah awak juga tahu untuk merawat gout, kalau pesakit itu ada peptic ulcer maka kita akan lebih memilih Colchicine berbanding Indometacine sebagai first line treatment? Anda juga tahu bahawa pesakit DVT seharusnya tidak di'kacau' kakinya supaya thrombus yang ada itu tidak dislodge dan seterusnya menyebabkan terjadinya pulmonary embolism?
Dalam apa jua bidang, kita menghafal dan memahami ilmu kita. Dalam apa jua bidang kita ada 'izzah yang tersendiri. Islam itu memerlukan sumbangan dari ummatnya daripada segenap sudut. Berjuanglah dalam bidang masing - masing dan sumbangkanlah kebolehan diri untuk agama yang tercinta ini. Isi agama ini perlu dikupas dari pelbagai sudut kerana Islam itu sifatnya syumul. Yang teruknya jika bidang lain kita tak tahu, bidang sendiri pon terkapai - kapai.
Nauzubillah
Kejarlah pelangi ketika hujan masih lebat. Kerana hanya mereka yang basah dengan hujan dapat menghargai indahnya pelangi berwarna-warni.
"Kerana sesungguhnya sesudah kesukaran itu ada kemudahan" [Alam Nasrah 94:5].
Ini janji Tuhan bro!
okebai..
1 comment
"Saya belajar utk tahu..." thnx prof