Maafkan aku Abi,,,
Aku bukanlah wanita muslimah yang kau kira
Aku hanyalah wanita biasa
Yang jauh dari sempurna
Aku tak seperti yang kau bayangkan Abi
Kerananya ku ingin kau tau
Aku bukan seperti wanita soleha yang kau kira
Aku begitu banyak kekurangan
Maafkan aku Abi,,,
Aku tak sebijak bunda khadijah
Kerananya kuingin kau tau
Aku boleh saja berbuat salah dan begitu khilaf
Maka kumohon padamu
Bijaklah dalam menghadapiku
Jangan marah padaku
Nasehati aku dengan hikmah
Kerana bagiku kaulah pemimpinku
Takkan berani ku membangkang padamu
Maafkan aku Abi,,,,
Ketahuilah,mungkin aku tak sesabar Fatimah
Ada kalanya kau akan menemukanku begitu marah,menangis dan tak terkawal
Bukan keranaku membangkang padamu
Tapi aku hanya wanita biasa
Aku juga memerlukan tempat untuk menumpahkan beban dihatiku
Tempat untuk melepaskan penatku
Dan saat itu mungkin aku tak menemukanmu atau kau begitu sibuk dengan pekerjaan
Maka bersabarlah,,,
Kerana bagiku kau adalah embun yang mampu memadamkan segala resahku
Maafkan aku Abi,,,,
Aku tak secerdas Aisyah
Maka jangan pernah bosan mengajariku
Membimbingku kearah-Nya
Walau aku terkadang begitu bebal dan bodoh
Tapi jangan pernah letih mengajariku
Bimbing tanganku ke Jannah-Nya
Agar kau dan aku tetap bersatu didalam-Nya
Maafkan aku Abi,,,
Kerana aku bukan putri
Aku hanyalah wanita biasa,,,
Maafkan aku Abi,,,,
2 comments
Nadh mendoakan kamu.. Lynn sememang nya istimewa pada Abi,. Nadh yakin.. :D
amin ya allah...terima kasih kamu.. itulah yang lynn harap2kan....