hati dan jiwa~





Quran, akal, dan tangan… apa lagi yang aku perlukan untuk membahagiakan jiwa ku?
setiap huruf kalam allah itu apabila aku selami, semakin dalam dan akhirnya aku temui ayat yang sama pernah ku temui dulu. tapi kini lain pula maknanya. itulah keluasan ilmu Allah SWT. Allahu Akbar.
apalagi yang membahagiakan jiwa ku selain dari mengambil ilmu yang mulia di sisi Allah? sungguh ilmu itu sangat berguna. sudah akan ku sebar ilmu ini ke serata dunia. kerna ia bukanlah milikku untuk disimpan menjadi khazanah puji-pujian. tetapi ia adalah amanah buat ku.
apalagi yang menjadikan jam kehidupan berputar pantas kalau bukan ia diluangkan untuk berfikir. biar ianya menyakitkan sel otak. namun berfikir adalah kejayaan dan kepuasan. kerna ia menjadikan aku berlainan dari suasana. mungkin aku dipandang pelik. kerana untuk menjadi seorang khalifah, fikirannya perlulah lain dari yang lain.
tangan ku? ya aku syukur diberikan tangan kerna dapat lagi aku mengangkat sesuatu bebanan yang terpikul dibahu sendiri. dan suatu kebahagiaan apabila tangan kecil ini berjaya mengangkat bebanan di bahu sahabatku.
masa ku adalah ilmu, rehat ku adalah ibadah, mati ku adalah syahid.


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Full Edit By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.