,,,,,,,mati itu pasti......


....PASTI MATI....


Cuba anda fikir
Sekiranya datang malaikat yang hendak mencabut nyawa dan berkata “Aku bagi kau masa 1 hari sebagai persediaan sebelum ajal.”
Apakah langkah yang akan kita ambil?
sesetengah insan berkata bahawa kita perlu menghabiskan masa dengan solat dan membaca Al-Quran. Supaya diri kita berada dekat dengan Allah S.W.T.
sekiranya anda hanya memiliki satu hari dan berniat untuk memperuntukkan masa dengan solat dan zikir, bagaimana pula dengan tugasan anda sebagai KHALIFAH???
Sekiranya ketika itulah anda tergopoh-gapah hendak bersolat, itu sudah pasti kerana anda tidak membuat persediaan yang rapi sebelum datang ajal kalian.
Renungkanlah
Persoalkanlah diri kalian. Adakah kalian tahu bila kalian akan MATI?
Adakah kalian yakin bahawa esok masih ada?
sekiranya jawapan anda tidak pasti, maka teruslah beramal.
Perbaikilah jadual harianmu dengan penggunaan masa yang terbaik.
pastikanlah dalam sehari, anda tidak kerugian walau sesaat pun.
Yang Terbaik?
Makhluk yang paling bijak adalah makhluk yang paling banyak mengingati mati. sudah pasti dia akan insaf bila terkenangkan ajalnya.
Ketahuilah bahawa malaikat maut melawat kita sebanyak 70 kali sehari.
Dunia dan Syurga
Apa yang kalian tahu tentang dunia? begitu besar nikmatnya bukan?
Kalau ada duit, ana nak sangat beli camera DSLR. Punya lama ana pendam. tapi ana nak kena tahu yang mana lebih penting. kalau ana beli kamera hari ni, adakah kamera tu dapat menjamin ana kat akhirat nanti?
sudah pasti saudara ana kat palestin datang kat ana… “Kenapa anta tak bantu kami di Palestin semasa hidup anta?”
What am I suppose to say?
Ini kerana kita tidak menggunakan mata hati kita, untuk melihat betapa besarnya nikmat syurga yang dijanjikan Allah. AllahuAkbar.
Yang Peliknya…
Bukan tak tahu. dah tahu esok boleh jadi meninggal, hari ni TAK MAU BERUBAH. kalau tak berubah itu takdir Allah.Tapi hati tu TAK MAU nak jadi baik. Hairan sungguh.
Hairan tengok manusia. Kalian tahu yang kalian akan hidup kekal kat syurga, tapi kalian kejar dunia.
Di Mana Tokoh Kebangkitan???
Zaman dulu punya la ramai tokoh-tokoh yang memperjuangkan Islam. Ramai antara mereka yang mati dibunuh. hampir semua tokoh2 ni diburu.
Bila kita dengar sejarah-sejarah ni, kita pulak jadi takut.Takut MATI. Tak mau mati. Nak hidup. Nak hidup dengan sapa kalau tak mau mati?
Ayuh!!!!!! Bangkitlah wahai Pejuang Islam. Kalian dipandang sangat mulia oleh Tuhan. Tak da siapa boleh sakiti kalian.
Hadis Rasulullah
“Akan ada sekelompok dari umatku yang sentiasa berjuang bersama-sama kebenaran, mencabar dan menentang musuh-musuh mereka. Musuh-musuh mereka tidak dapat memberi mudarat kepada mereka sehingga Allah mendatangkan keputusannya. Mereka tetap dalam keadaan demikian.” (Riwayat Bukhari)
Sedarlah kalian…
Jihad merupakan ibadah yang mulia. Eh… macam dah lari tajuk.
Tidak. Jihad adalah jalan kita. dan kematian adalah noktah bagi diari jihad kita.
Kita mati, maka tiada lagi jihad. Kita jihad, matilah kita sebagai syuhada.
Assalamualaikum (^_^)


-Aku takut untuk mati. Oleh kerana para syuhada itu hidup di sisi Allah. Maka jihad adalah jalan utamaku-


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Full Edit By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.