Bismillah Arrahman Arraheem…
Inni uhibbuka (:
Assalammualaikum.......
configuration diri ini ta stabil lagi.. Selalu bila emosi tak stabil, menulis really helps.. tapi sejak akhir-akhir ni, stabil atau tidak sudah bukan jaminan diri ini akan menulis lagi. sedih juge bila org yg kita sayang mengatakan kita ta kenal dirinya....ya Allah....dugaan lagi...terasa seupama diri ini di hina.....but cepat2 think positive...semuanya kerana aku sayang kamu....!!!
This writing dedicates to my love ones (:
.....entah dia tahu ke tidak....allah maha mengetahui..
Mau ku kongsikan kisah nabi Allah Nuh. Kau familiar bukan? Of course!! (:
Kisah seorang daie superb, yang patut kita kagumi.
Sesungguhnya Kami telah mengutuskan Nuh kepada kaumnya. [71:1]
Dia (Nuh) berkata, ‘Wahai kaumku!’ sesungguhnya aku ini seorang pemberi peringatan yang menjelaskan kepada kamu, [71:2]
(iaitu) sembahlah Allah, bertaqwalah kepadaNya dan taatlah kepadaku [71:3]
Niscaya Dia mengampuni sebahagian dosa-dosamu dan menangguhkan kamu sampai pada batas waktu yang ditentukan. Sungguh ketetapan Allah itu telah datang tidak dapat ditunda, seandainya kamu mengetahui. [71:4]
Mengimbau pengalaman kita dan amal yang kita lakukan saat mengerti makna shahadatul haq. apakah usaha yang telah kita kerahkan untuk membawa manusia mengenal Allah?
Kadang kita sendiri akan malu dengan masa-masa senggang yang kita ada. Kita masih ada masa untuk melakukan kesukaan kita. Misalnya apa ye? Makan? Tidur? BerFB? berBlog?
Hurm bukan kunafikan akan keperluan semua itu. Namun semuanya perlu batas. Seperti mana baginda Rasul makan, hanya keperluan sahaja yang diambil. Dan kita pula kalau boleh mau semua rasa ada pada makanan yang dimakan. Itulah sampaikan ada yang overweight.
Hurm seorang daie itu hanya berhenti untuk makan, apabila perlu sahaja. Ini yang kupegang, walaupun selalunye tewas dalam mujahadah itu.
Pernah kusaksikan seorang pakcik yang hanya lunch dengan kropok dengan makcik dan anaknya. Huhu insafnya.. dan pakcik itu masih tegar memberi taujih tanpa penat. Pakcik itulah yang mengajar aku erti berpada-pada.
Yang kemudiannya aku belajar untuk berkorban masa, tenaga,wang dan segala yang ada pada diri untuk dakwah ini. Sangat best!! Kerana dari situ aku mula merasai kemanisan hidup. Saat berjumpa dengan akahwats di kejauhan, saat belajar bahsa baru apabila tiba di tempat baru untuk berjumpa akhawat sana.
Namun aku tahu there’s a lot more waiting ahead.. jalan ini masih panjang. Sometimes kita tak boleh nak predict apa tindakan kita apabila ujian dating silih berganti. Somehow kita akan selalu melatah, cepat jump into conclusion, at last menyesal kerana cepat sungguh reactive yang seringkali bersangka dengan Allah.
Muhammad ahmad arRasyid, pakcik yang kukagumi apabila mendengar dia bercerita penuh semangat (bisakah aku tsabat sehingga ke usia itu?) pernah menulis,
Hakikat iman masih belum bersemi dengan sempurna di dalam hati seseorang sebelum dia melakukan perjuangan demi membela iman tersebut melawan pihak lain.
Sesungguhnua dia berjuang melawan dirinya saar berjuang melawan pihak lain sehingga terbuka cakerawala baru bagi imannya, yang sebelum ini tidak pernah terbuka ketika dia diam berpangku tangan, merasan aman lagi tenang.
Hakikat iman itu tidak pernah diam, static. Sedangkan air yang bertakung akan membusuk dek sifat statiknya, inikan pula iman.
Kerna apabila menyedari Islam dan Dakwah tidak pernah berpisah menjadi dua entity berbeza, kita akan bergerak untuk merealisasikan sifat iman itu. Bahawa kita perlu sentiasa bergerak, walau dalam apa cara
Kalau perlu kau lakukan A untuk memahamkan si dia dengan Islam, silakan. Dan kalu kau dapati A tidak menjadi, kau masih punya B, C, D... Z.. tiada perkataan STOP di jalan ini, kerna kita beroleh kemuliaan dengan A,B,C hingga Z itu. Usaha, natijahnya bukan urusan kita.
Dia (Nuh) berkata, ‘Ya Tuhanku, sesungguhnya aku telah menyeru kaumku siang dan malam, [71:5]
Tetapi seruanku tidak menambah (iman) mereka, justeru mereka lari (dari kebenaran). [71:6]
Dan sesungguhnya aku setiap kali menyeru mereka (untuk beriman) agar Engkau mengampuni mereka, mereka memasukkan anak jarinya ke telinganya dan menutupkan bajunya (ke wajahnya) dan mereka tetap mengingkari dan sangat menyombongkan diri. [71:7]
Lalu aku menyeru mereka secara terang-terangan. [71:8]
Kemudian menyeru mereka secara terbuka dan diam-diam, [71:9]
Maka aku berkata (kepada mereka), ‘Mohonlah ampunan kepada Tuhanmu, sungguh Dia Maha Pengampun’ [71:10]
Lantas kita muhasabah diri apabila membaca ayat-ayat ini. Ya, betapa mujahadahnya nabi Allah Nuh dalam dakwahnya, lailan wa nahara. 24/7. bukan selepas office hour baru semboyan dakwah kita bunyikan. Bukan selepas waktu kelas, kita membisikkan peringatan Allah pada telingan mad’u.
Dan tidak sekali dua percubaan, tapi berjuta kali. Nuh telah membuktikan amal dakwahnya menjaukaui 1000 kurang 50 tahun. Maka untuk aku,tiada alasan lagi!
Orang yang paling lelah adalah yang paling mulia tuntutannya
Orang yang merdeka lagi mulia, tidak pernah bertujuan dalam setiap usaha yang dilakukannya melainkan untuk mencapai jangkauan yang paling jauh dari apa yang bias dilakukannya.
Kerana itu dia tidak pernah berhenti mengerahkan kemampuannya sampai batas maksimal, tanpa mengenal penat lelah. Dia berupaya keras untuk merealisasikan keajaiban yang yang dapat dilakukannya, yang akan memberikan inspirasi berbagai sarana yang memukau dalam semua pekerjaannya.
Dia begitu brilliant dalam langkahnya. Darahnya bergelojak memancarkan cahaya yang menerangi, seperti bintang yang dapat disaksikan oleh setiap orang yang mempunyai mata, bahawa dia adalah bintang, bukan sesuatu yang lain.
Kadang apabila akau membaca tulisan-tulisan syeikh besar seperti ini, aku turut merasai thiqah binnafs yang ada pada diri mereka. Ya, hanya dengan yakin diri, kita akan membawa kendala dakwah ini ke depan, biar disaksikan semua manusia akan ke’best’an yang ada padanya.
Last but not least,
Sesungguhnya hal yang dapat mengantarkan daie kepada tujuannya, hanyalah keCINTAannya yang sangat kuat pada dakwah, dan iman serta kepuasannya pada misi dakwahnya. Dia larut dengannya, menekuninya dengan segala bakat, kemampuan dan sarana yang dimilikinya.
Jangan pernah menyerah jika pernah rasa sepi tanpa teman di jalan ini,
Jangan pernah sedih jika pernah ditolak mentah-mentah oleh mad’u,
Jangan pernah lembam dengan hambarnya tarbiyah yang diterima,
Jangan penuh sendu dengan akhawats yang mula menghilang satu persatu,
Kerna kita di atas jalan ini dengan satu perkara, lillahi taala. Begitulah rasulullah mengajar untuk saddiqun niat saat kita melangkah memegang baton dakwah ini (: