wahai jiwa yang tenang, kembalilah kepada Tuhanmu….
hurm…. agak2 lah kan… tenangkah jiwa kita sekarang nih? langkah yang paling mudah untuk mengetahui samada jiwa kita tenang atau tak… cuba solat dengan khusyuk tanpa menghiraukan keadaan sekeliling sehingga dapat menitiskan air mata…. itulah jiwa hamba yang hidup….
“Kemudian apabila kamu berasa tenteram berada dalam keadaan aman, dirikanlah solat itu dengan sempurna sebagaimana biasa. Sesungguhnya solat itu adalah satu ketetapan yang diwajibkan atas orang yang beriman, yang tertentu waktunya.” (Surah An-Nisa’-ayat 103)
jasad tak akan dibawa pulang ke akhirat… tapi jiwa itulah yang pulang samada baik atau buruk…. ia tetap akan pulang…. adakah kita akan pulang dalam keadaan yang resah gelisah menantikan saat diberi buku dari tangan kanan atau kiri?
bagi manusia yang mengimpikan kehidupan yang indah di syurga, maka lakukanlah persiapan yang terbaik… ingatlah bahawa solat adalah perkara pertama yang akan disoal oleh Allah…. maka dirikanlah solat yang penuh bermakna kerana ia dapat memberi kesan yang sangat mendalam dalam kehidupan seharian…. sesungguhnya solat dapat mencegah dari perbuatan keji dan kemungkaran….
hadirkanlah dalam diri kita rasa cinta untuk bertemu Maha Pencipta yang mencipta kita tanpa cecat cela…. hadirlah dengan penuh rasa bahagia untuk menatap wajah Tuhan Yang Maha Suci…. titiskanlah air mata khusyuk seorang hamba yang sering melakukan dosa pada-Nya…. tanamkanlah rasa cinta pada Allah yang sering melimpahkan rezeki-Nya pada kita tanpa putus-putus…. menangislah wahai insan yang sering lupa pada Maha Penyayang…. Dia-lah yang sering membantu kita diwaktu kesusahan…. betapa Pemurahnya Tuhan yang Maha Brkuasa keatas segala sesuatu…. memberi udara untuk bernafas…. tidakkah kau rasa terhutang pada-Nya? oh… sungguh ego nya diri kita…. Dia-lah Maha Pemurah lagi Maha Penyayang…. yang Menguasai hari khiamat….
kurangkanlah ketawa, kurangkan perkataan yang tidak bermanfaat, kurangkan tidur, KURANGKAN FB dan kurangkanlah makan….
aku hanyalah seorang hamba yang hina…. tidak layak berbicara…. tapi hati ini amat menyayangi kalian….tapi tOlong JANGAN DUSTAI AKU LAGI............