Sesungguhnya kematian itu sangat dekat.


Hari ini perasaan bercampur baur. Ada beberapa urusan yang saya cuba selesaikan pada hari ini. Tiba-tiba apabila pulang ke rumah, dikhabarkan berita pemergian seorang sahabat . Saya tidak mengenalinya rapat tetapi ada perkara yang menyuntik hiba di hati saya.

Tahun lalu saya dan keluarga berkesempatan membuat kenduri kesyukuran dan doa selamat. Di antara sahabat yang hadir adalah dia menemani seorang lagi sahabat saya... Dan kedua-dua mereka telah pergi menghadap Allah kerana kemalangan jalan raya.

Allahyarham Afez kemalangan semasa perjalanan ke masjid menunaikan solat subuh pada 11 Ramadhan.

Dan hari ini seorang lagi. Allahyarham Hakim Kemalangan dalam perjalanan pulang ke Melaka.

Sesungguhnya kematian itu sangat dekat. Memang sudah ramai sahabat-sahabat saya yang telah kembali kepada Allah. Semoga Allah menempatkan mereka dalam kalangan hambaNya yang beriman dan beramal soleh.

Al-Fatihah....



Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


6 comments

16 April 2013 pada 10:02 PTG

terima kasih atas ingatan. semoga roh sahabat Lynn ditempatkan dikalangan orang2 beriman... Al-Fatihah...

17 April 2013 pada 12:05 PG

Innalillahiwainailaihira'jiun ... Al fatihah untuk arwah..semoga di tempatkan bersama orang-orang beriman...

Setiap hari dengar tntang kematian membuatkan kita sedar bahawa kematian itu juga sedang mghampiri kita...

17 April 2013 pada 1:20 PG

thanks for the reminder cik Lynn, betul kematian itu mmg dekat dgn kita, ada yg sedar dan ada yg buat2 tak sedar... Al-fatihah buat arwah rakan2 cik Lynn, dan Al-Fatihah buat arwah nenek saya yg baru saja meniggal 2 hari lepas... semoga roh2 yg dah pergi buat selama2nya itu dicucuri dgn rahmat-Nya, amin...

18 April 2013 pada 2:41 PTG

kita perlu bersedia hadapi kematian sama ada waktu muda atau tua... jadi banyakkan amal ibadat

Tanpa Nama
20 April 2013 pada 3:49 PG

salam takziah..al-fatihah, smoga roh mereka dcucuri rahmat Allah..aminn..


-mamat84, kb bru9-

Tanpa Nama
20 April 2013 pada 3:50 PG

salam takziah..al-fatihah, smoga roh mereka dcucuri rahmat Allah..aminn..


-mamat84, kb bru9-

Catat Ulasan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Full Edit By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.