#FEMEN - Sorry femini, I don't need to be saved.


Pelbagai imej buruk terhadap Islam turut dilaporkan dan disebarkan ke seluruh dunia bagi meracuni mentaliti masyarakat dunia terhadap fahaman kebencian mereka terhadap Islam.

Inilah yang diistilah sebagai Islamofobia.

Fanpage di Facebook yang diberi nama Muslim Women Against FEMEN, yang dibentuk oleh sekelompok Muslimah untuk menentang FEMEN.


`Badan saya milik saya’.

Seorang aktivis FEMEN berusia 19 tahun dari Tunisia, Amina yang juga anggota kumpulan FEMEN, iaitu pergerakan aktivis wanita telah memuat naik gambarnya yang mendedahkan payu dara sambil menghisap rokok.Akibatnya dia dikecam hebat dan di gesa oleh ulamak di Tunisia agar di beri hukuman direjam dengan batu  supaya gejala ini tidak menular di negara itu.


“International Topless Jihad Day” adalah rasis dan menghina wanita Muslim.


FEMEN does not represent me I a Muslim Female and proud.


Mungkin suatu ketika dahulu, semasa masih di usia anak-anak dan membesar dalam masyarakat yang jahil, saya teringat suatu ketika, pernah seorang jiran jauh, datang kepada ummi dan takut-takut mengadu bahawa dia selalu dipukul teruk oleh suaminya yang baran. Dan jelas masih berbekas luka dan kesan. Ummi cuba menghulurkan bantuan dengan mencadangkan untuk dibawa pengaduan ke mahkamah, tetapi lekas ditegah makcik tersebut dengan jawapan, "eh, taknak! ustaz kata haram isteri meminta cerai dari suami. Nanti bergegar arrasy Allah!".

Ummi yang cuma bekas pelajar ijazah jurusan perancang bandar, diam. Tidak berani berkeras menidakkan, kerana istilah ustaz digunakan.

Juga ketika itu, ancaman, "isteri haram menidakkan poligami kerana itu tanda kufur", "kalau nak payung syurga, benarkan suami kamu berpoligami", dan sebagainya sangat sinonim di telinga, jujurnya ketika itu saya pernah terfikir, apakah keistimewaan mencapai kebahagiaan pada apa yang kita pilih untuk bahagia itu tidak ada bagi seorang wanita dalam Islam?

Tetapi tidak kini. Alhamdulillah, I'm proud to be a muslimah. Islam mengangkat, meninggikan, dan memuliakan wanita semaksimanya.

Dan saya tidak memerlukan golongan sekular untuk menceritakan kepada saya apa itu kebebasan seorang wanita, kerana Islam dan perlaksanaannya yang adil telah lama memberi saya kebebasan.



Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


1 comment

20 April 2013 pada 8:29 PTG

orang macam tu, semoga diberi hidayah. huhu.
follow sini, jemput follow nawwar ye :)

http://thedreamgoddess.blogspot.com/

Catat Ulasan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Full Edit By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.