sungguh selepas pemergian abi saya pernah berkata begini..."Entah... sejak Abi meninggal dunia, saya tak ada mood nak hidup..
ummi menasihati saya .."Bukan berpisah selama-lamanya, cuma abi pergi dahulu menyambut panggilan Ilahi. Dan kita pasti akan menyusuri pemergiannya nanti."
Al Fatihah untuk arwah abi tersayang ( 21 mei 2012).
InsyaAllah, semoga bertemu di syurga.
Hati..
Akhir-akhir ini, saya perasan yang saya tidak punya hati..
Bukan hati yang bewarna merah dalam tubuh manusia itu. Tetapi hati yang hadir setiap kali menjelajah kekhusyukan pertemuan dengan Allah, hati yang bersama saat menatap baik-bait kalam Allah dan hati yang turut serta pada setiap pengkhabaran kematian. Ya, hati yang punya rasa cinta, rindu, harap dan takut kepada Allah..
Itu yang saya maksudkan..
Saya teringat surat seorang pemuda kepada asSyahid Imam HAB yang mengadu kepada beliau tentang masalah ini. Sungguh. Masalah ini adalah masalah yang berat.
Semoga Allah tidak menolak saya tepi..Saya sangat takut itu.
Doakan saya, semoga saya menemui semula hati yang hilang..
Sesuatu tentang pastinya MATI
saya kongsikan ini
Allahurabbi...
Tatkala Iman yang turun naik..
Semoga hati ini sentiasa tetap di atas jalan yang Allah redha..
amin.
7 comments
Semoga kita semua tak hilang rasa cinta pada Yang Esa. Huhuhuhu~ takut terkandas di titian sirat. T.T
kalau hati rosak,diri pun rosak. kita takut kalau dapat penyakit lain,tapi hati kita,kita abai.
semoga kita sentiasa pelihara hati yg Allah kurniakan ini. salam takziah dari saya ye sis. semoga arwah damai di sana dan ditempatkan di kalangan org2 yg beriman. al-fatihah....
nice~
As salam dear...Takziah dari k.lynn dan hubby..semoga rohnya dicucuri Rahmat Ilahi..amin..
Tak tahu kenapa selepas baca entry nie baru k.lyn perasan....k.lyn pun seolah dah tiada hati...allahuakbar.....mungkin terlampau melayani perasaan sedih membuatkan kita kehilangan hati tersebut..janganlah begitu..semoga apa yg berlaku mematangkan kita bersama..sama2lah kita pujuk hati yang kosong nie..wassalam
AlFatihah untuk abi nya....
semoga cik lin tabah