pic amik kat FB. |
sambil mengaji,sambil nangis sebab rasa susahnya belajar mengaji masa tu.
menitik air mata atas helaian Al Quran.
dan sekarang, terasa melalui pekara yang sama cuma ilmu yang berbeza.
Patutlah, menuntut ilmu jalan ke syurga sebab dibentangkan dgn kesusahan, keperitan. Nak rasa kemanisan,kena lah telan kepahitan.
Melalui zaman tumbesaran dengan kisah-kisah manusia hebat yang diceritakan arwah abi tersayang setiap malam sebelum tidur membuatkan saya sangat mencintai mereka.
Allahurabbi.
kita ada Rasulullah s.a.w superhero teragung kita .Abu Ubaidah alJarrah r.a, Bara' Malik alAnsori r.a, Abu Bakr asSiddiq r.a, Umar alFarouq r.a, Khalid alWalid r.a, Mus'ab Bin Umair r.a, Ja'afar Bin Abi Talib r.a. Saidina Abu Bakar, Umar al-Khattaab, Sultan al-Fateh dan banyak lagi. Merekalah superhero kita. Mereka manusia hebat. Mereka manusia terpilih yang telah meredhai Allah dan Allah meredhai mereka.Meraka yang benar-benar wujud, bukannya khayalan .
Mereka dijamin syurga semenjak masih hidup. Malah, mereka menjadi pendamping dan pendokong Rasulullah s.a.w. belahan hati yang selayaknya kita cintai.
Namun, zaman itu telah berlalu. Jauh. Terasa sangat jauh untuk kita kejar mencontohi. Malah terasa suasana jauh berbeza. Jahiliyyah semakin zalim dan kejam. Iman terus menerus dicalari dan ditusuk.
Maka akan terluah penuh lelah,
"mereka hebat kerana mereka sahabat Rasulullah.. Mereka berada di zaman yang jahiliyyahnya adalah kebodohan dan batu. Tetapi jahiliyyah hari ini lebih dahsyat membunuh..apakah mungkin kita akan terpelihara seperti mereka?"
Ask myself.
"It is the last hours to martyrdom, insha'Allah. I am wondering if there is a more beautiful thing. The more beautiful thing is only my mother, but I'm not sure. The comparison is very difficult. Martyrdom or my mother? Now, the hall has been evacuated. So far people were not serious, but they have become serious recently.
Bukankah itu bukti bahawa jiwanya terpelihara sehingga hanya ada 2 perkara yang paling dicintainya iaiatu syahid dan ibunya sendiri.
Sungguh. Saya malu dengannya.
Kisah lanjut: Furkan Dogan.
Antara engineer terawal Bridge alQassam (sebelum Muhannad). Syahid ketika berusia 30 tahun dalam tahun 1996 dengan cara kotor iaitu asSyahid telah diberikan telefon mudah alih (handphone) yang dicipta bersama bom jangka melalui orang kepercayaan beliau oleh pihak Israel. Apabila asSyahid menggunakannya, satelite Israel mampu mengesani sekaligus mengaktifkan bom tersebut.
asSyahid menjadi orang yang paling dikehendaki Israel selama 3 tahun selepas berjaya merancang misi yang membunuh lebih 90 orang tentera Israel.
Kisah Lanjut: Yahya Ayyash.
dan kisah INI dan DISINI. DOAKAN si kecil penghuni syurga INI
Anak ajaib.
Sangat mendoakan agar suatu hari nanti, saya mampu melahirkan putera secekal dan sehebatnya. Sungguh-sungguh.
Baru berusia 4 tahun, namun telah menjadi mujahid yang berjiwa besar. Umar yang lantang dengan suara comelnya telah menyaksikan sendiri bondanya dibunuh di hadapan mata. Tidak seperti kanak-kanak yang lazimnya akan fobia dan kemurungan, Umar bahkan semakin sedar dan faham apa itu perjuangan yang mendewasakan.
Wahai Umar, melihat kamu yang hebat, membuatkan saya terfikir, alangkah bagusnya jika dapat saya ketahui rahsia kehebatan ayah bondamu sehingga lahirnya kamu, sang mujahid kecil berjiwa singa.
:')
Penutup: Mujahadah Melahirkan Mujahid.
Malu untuk mengaku, tetapi saya menyimpan satu impian yang besar. Mungkin terlalu besar sehingga saya merasakan sesuatu yang mustahil untuk terjadi. Namun terus mendoakan semoga Allah memakbulkan impian saya yang penuh kelemahan.
Impian saya, semoga dari rahim ini lahirnya manusia-manusia yang hebat. Mungkin jika belum termakbul untuk anak-anak, saya tetap mendoakan semoga generasi yang seterusnya akan diizinkan Allah.
T_T
Dan pastilah, persiapan untuk membina mujahid-mujahid itu mesti dimulai sekarang. Semoga Allah
menguatkan.
Wahai Anak-Anak, Merekalah SuperHeroes mu!
Menjadi sesuatu yang memalukan jika hari ini, anak-anak kita masih didedahkan dengan superhero-superhero ciptaan jahiliyyah seperti Batman, Ben10, Naruto, Supeman dan sebagainya yang palsu dan sia-sia sedangkan dalam masa yang sama ada peribadi-peribadi mulia yang lebih layak untuk diangkat untuk dicontohi.
Walaupun perjalanan AKP adalah sangat panjang, namun dunia baru terledak dengan keberanian tokoh ini selepas peristiwa di awal tahun 2009 apabila Erdogan dengan berani menempelak Presiden Israel dalam World Economic Forum sebelum keluar sebagai tanda bantah terhadap serangan Gaza.
Kisah Lanjut: Recep Tayyip Erdogan
Menjadi sesuatu yang memalukan jika hari ini, anak-anak kita masih didedahkan dengan superhero-superhero ciptaan jahiliyyah seperti Batman, Ben10, Naruto, Supeman dan sebagainya yang palsu dan sia-sia sedangkan dalam masa yang sama ada peribadi-peribadi mulia yang lebih layak untuk diangkat untuk dicontohi.
Recep Tayyip Erdogan Perdana Menteri Turkey
Akibat minat terhadap fakta dan sejarah, maka kisah mereka telah saya korek.
Walaupun perjalanan AKP adalah sangat panjang, namun dunia baru terledak dengan keberanian tokoh ini selepas peristiwa di awal tahun 2009 apabila Erdogan dengan berani menempelak Presiden Israel dalam World Economic Forum sebelum keluar sebagai tanda bantah terhadap serangan Gaza.
The most adorable man in the whole world!
asSyahid Furkan Dogan
Pemuda ini dan jujur, saya malu untuk mengaku. Kerana beliau telah 2 tahun berada di dalam syurga, sedangkan saya masih bergelumang dengan dunia.
Antara kata-kata akhir yang dicatat sebelum kesyahidannya yang membuatkan saya rasa terpukul,
Bukankah itu bukti bahawa jiwanya terpelihara sehingga hanya ada 2 perkara yang paling dicintainya iaiatu syahid dan ibunya sendiri.
Sungguh. Saya malu dengannya.
Kisah lanjut: Furkan Dogan.
asSyahid Yahya Ayyash
Antara engineer terawal Bridge alQassam (sebelum Muhannad). Syahid ketika berusia 30 tahun dalam tahun 1996 dengan cara kotor iaitu asSyahid telah diberikan telefon mudah alih (handphone) yang dicipta bersama bom jangka melalui orang kepercayaan beliau oleh pihak Israel. Apabila asSyahid menggunakannya, satelite Israel mampu mengesani sekaligus mengaktifkan bom tersebut.
asSyahid menjadi orang yang paling dikehendaki Israel selama 3 tahun selepas berjaya merancang misi yang membunuh lebih 90 orang tentera Israel.
Kisah Lanjut: Yahya Ayyash.
dan kisah INI dan DISINI. DOAKAN si kecil penghuni syurga INI
Anak ajaib.
Sangat mendoakan agar suatu hari nanti, saya mampu melahirkan putera secekal dan sehebatnya. Sungguh-sungguh.
Baru berusia 4 tahun, namun telah menjadi mujahid yang berjiwa besar. Umar yang lantang dengan suara comelnya telah menyaksikan sendiri bondanya dibunuh di hadapan mata. Tidak seperti kanak-kanak yang lazimnya akan fobia dan kemurungan, Umar bahkan semakin sedar dan faham apa itu perjuangan yang mendewasakan.
Wahai Umar, melihat kamu yang hebat, membuatkan saya terfikir, alangkah bagusnya jika dapat saya ketahui rahsia kehebatan ayah bondamu sehingga lahirnya kamu, sang mujahid kecil berjiwa singa.
:')
Penutup: Mujahadah Melahirkan Mujahid.
Malu untuk mengaku, tetapi saya menyimpan satu impian yang besar. Mungkin terlalu besar sehingga saya merasakan sesuatu yang mustahil untuk terjadi. Namun terus mendoakan semoga Allah memakbulkan impian saya yang penuh kelemahan.
Impian saya, semoga dari rahim ini lahirnya manusia-manusia yang hebat. Mungkin jika belum termakbul untuk anak-anak, saya tetap mendoakan semoga generasi yang seterusnya akan diizinkan Allah.
T_T
Dan pastilah, persiapan untuk membina mujahid-mujahid itu mesti dimulai sekarang. Semoga Allah
menguatkan.
Antara tokoh non-muslim yang sangat saya kagumi.
Semoga Allah menghadiahkan beliau kemuliaan Islam.
Ameen.
Ameen.
Permudahkan urusan kami untuk terus melangkah di jalan ini . ku adaMu. Ya Allah
nota kaki:
-Bagaimana mahu sentiasa menjadi muslim yang terbaik?
-Bagaimana mahu sentiasa menjadi muslim yang terbaik?
8 comments
speechless tgk budak umur 4 tahun tu
@Taufik allah pelihara dia dari rasa takut.
mulai jujur dengan diri sendiri...
mereka ini patt di contohi buknnya seperti hero batman etc itu..
Subhanallah...bila la aisyah nk smpai tahap mereka..rasa mcm kerdil sngt diri nih...semoga mereka tenang disana. Amin
meremang baca entri ni..recep erdogan memang inspirasi..
bersungguh-sungguh tul dbk tu
rasa diri ni bgitu kerdil setelah baca entry ni...