Apa rasa makan dalam Talam?


Saya rasa rugi
orang yang duduk ramai-ramai bersama
tapi tak makan bersama
(bila ada kesempatan)
alangkah indah lagi,bila kita makan dalam talam atau safrah dan lain-lain.

Indah..memang best makan dalam talam ni. Boleh eratkan silaturrahim antara kita sebab kalau makan dalam talam,kita mesti cukupkan kuota untuk elakkan pembaziran selalunya 4 orang.

Seronok makan dalam talam ini.. bila lauk habis boleh ambil lauk kawan.. siap masa dapat makanan dalam talam terus buat sempadan bahagi empat.. buat garisan sempadan nasi dan lauk pakai tangan.. kira potong empat lah.

Subhanallah

“Sesungguhnya makanan satu orang itu cukup untuk dua orang makanan dua orang cukup untuk tiga atau empat orang dan makanan empat orang cukup untuk lima atau enam orang." (Silsilah hadits-hadits shahih no. 895).

rindu makan ramai-ramai dengan korang,sahabat-sahabat ana, keep on following the sunnah ye ;)

alhamdulillah
terasa kasih sayang ada di situ..




Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


12 comments

4 November 2012 11:43 PTG

seronok makan dalam talam ni cik lin
masa study ada la jugak kadang mkn dalam talam

tapi baru2 ni p kenduri kawan sy menikah
makan dalam talam memang nostalgic
nanti kawen nak buat kenduri makan dalam talam gak la haha

4 November 2012 11:48 PTG

@Taufik assalammualaikum taufik.. aiwah dah nak walimah ye. alhamdulillah.. jgn tak jemput saya pulak.nak sangat lah klu dapat makan satu talam ni.dapat kawan dapat pahala pulak kan. barakah majlis walimah awak nanti.:)

5 November 2012 12:08 PG

@لين Si Pipi Merah

Waalaikumsalam. bila masa sy cakap nk kawen dah ni. calon zaujah pon tak sempat mencari lagi haha

takpa la kira macam doa la kan. syukran ya :D

5 November 2012 12:10 PG

tahniah !!!!!
sis....jgn lupa hantar detail address kat remy....nak submit gift dgn segera....... dah lama tersimpan.....he3....
antar kat email remyhazza@yahoo.com ye.....

http://remyhazza-satuperjalanan.blogspot.com/2012/10/tahniah-pemenang-jom-follow-aku-cuma.html

5 November 2012 12:14 PG

@Taufik eheh? ya ka.. ana doakan lah .. moga ke temu bakal zaujah yang solehah. insya allah. ^_^

5 November 2012 12:52 PG

@لين Si Pipi Merah insya allah harapnya begitu la. lebihkan baiki diri dari mencari :D

5 November 2012 1:10 PG

best mkn dalam talam ni...pernah berpeluang cuba skali :)

5 November 2012 2:19 PG

seronok! teringat kenangan masa kat poli dulu. makan ramai ramai setalam. makan berebut2 memang syok.

5 November 2012 2:29 PG

@Ikhmal Malique alhamdulillah.. rapatkan ukhwah sesama kita. :)

5 November 2012 2:29 PG

@Cik Nas :) menang best. kalau berpeluang cuba makan lagi bertalam bersama.:)

5 November 2012 7:41 PG

amboi. gua x leh tgok awek bertelekung nie.


hati gua beku.

5 November 2012 1:54 PTG

aiwaahh !kite teringat waktu taon lepas, berbuke puase.
sebulan makan dalam talam dengan kawan :'(
serius, rinduuu sangat ! part paling best, cedok makanan kawan pastu berebut2 pastu ketawe2 .
bace doe same2 . rinduuuu :'(

Catat Ulasan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Full Edit By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.