[Video]: Kejam! Ibu Diikat Macam Anjing


nauzubillah...Diperlakukan seperti binatang oleh anak nya sendiri..
“Seorang Ibu mampu membesarkan anak yang ramai, namun anak yang ramai belum tentu mampu menjaga seorang ibu.”



Pihak berkuasa Taiwan menyiasat seorang lelaki yang dikatakan mengikat ibunya dengan tali sebelum dibawa ‘berjalan,’ menyebabkan kemarahan orang ramai apabila kelakuannya dirakam dan dimuat naik dalam Internet. 


Video itu menunjukkan seorang wanita tua mencangkung di kaki lima dengan tali diikat di pinggang.Dalam video itu wanita yang tidak boleh mengimbang badan, sering terjatuh dan lelaki itu dipercayai anaknya tidak langsung membantu ibunya. 


Bagaimanapun anak lelaki ibu malang tersebut menafikan dia mendera ibunya. saksikan video di bawah:



“Wahai Rasulullah, aku ingin pergi perperang, aku datang untuk meminta pandangan-mu. Nabi S.A.W. bertanya: Apakah kamu mempunyai ibu? Jawabnya: “Ya”. Sabda Nabi S.A.W.: Peliharalah (berbuat baiklah kepada) dia, sesungguhnya syurga berada di bawah dua kakinya.”
Riwayat al-Nasa’I dan selainnya. Disahihkan oleh al-Hakim dan disepakati oleh al-Zahabi, diperakui juga oleh al-Munziri. Al-Albani pula menghasankan isnad hadith ini 
“Seorang lelaki datang kepada Nabi saw hendak berbaiah untuk berhijrah, dia meninggalkan ibu-bapanya dalam keadaan mereka berdua menangis, lalu Nabi S.A.W. bersabda: “Pulang kepada mereka berdua, dan ketawakanlah mereka semula sebagaimana kamu telah menjadikan mereka menangis.”
Hadith ini disahihkan oleh al-Albani di dalam Sahih Ibn Majah 
“Aku telah meminang seorang wanita, akan tetapi ia tidak menerima pinangan-ku, kemudian wanita itu dipinang oleh lelaki lain, dan wanita itu menerimanya, maka timbul perasaan cemburu aku terhadap wanita itu, lalu aku membunuhnya. Apakah bagi-ku ada peluang (diterima) taubat? Ibn ‘Abbas bertanya: “(Apakah) Ibu-mu masih hidup?” Jawab lelaki itu: “Tidak.” Kata Ibn ‘Abbas: “Bertaubatlah kepada Allah A.Z.W.J. dan hampirkanlah diri kepada-Nya semampu-mu.” ‘Atho bin Yasar berkata: “Aku pergi bertanya kepada Ibn ‘Abbas: “Mengapa anda bertanya kepada lelaki itu apakah ibunya masih hidup?” Jawab Ibn ‘Abbas: “Sesungguhnya aku tidak mengetahui adanya satu amalan yang lebih hampir kepada Allah A.Z.W.J. lebih daripada berbuat baik kepada ibu.”
Al-Suyuthi menyebut hadith ini di dalam al-Dur al-Manthur, dan al-Albani mensahihkannya di dalam al-Silsilah al-Sahihah.
nota hati- Syurga Menantimu dengan berbuat baik kepada ibu-bapa..


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


2 comments

24 Ogos 2012 5:01 PTG

kejam betul anak dia!

24 Ogos 2012 9:52 PTG

x sanggup nak tengok..

Catat Ulasan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Full Edit By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.