Cara Memilih Ayam Segar





selalunya ummi suruh pergi tesco beli ayam..kadang-kadang tak pasti samada ayam tu ok ke tak?
segar ke tidak.. tengok ok je..tapi tak puas hati..selalunya tanya kat makcik sebelah..makcik ok tak ayam ni..^_^

now...dah tahu... meh nak kongsi dengan readers semua ..

first of all,

• Warna daging segar selalunya berwarna putih kekuningan.

• Warna lemak seharusnya putih kekuningan dan merasa di bawah kulit ayam.

• Bau daging segar, jika anda berbau yang kurang menyenangkan, lupakan saja niat untuk memiliki ayam tersebut.

• Apabila dagingnya ditekan, daging yang segar akan kembali ke bentuk asal. Berbanding dengan daging ayam yang tidak segar, kesan jari anda akan kelihatan untuk beberapa ketika sebelum kembalik ke bentuk asal.

• Tidak ada bekas lebam kecuali lebam akibat pendarahan ketika penyembelihan.

• Bagi ayam yang siap dipotong, pastikan daging yang melekat di tulang ayam itu padat.

• Kulit ayam perlu kelihatan cantik. Tidak kelihatan robek atau terlalu banyak kesan luka.

• Pastikan juga kulit ayam yang anda pilih bersih dari sebarang bulu halus. Selalunya bakteria mudah terkumpul pada bahagian ini. Oleh kerana itu, adalah baik jika anda membuang kulit ayam sebelum dimasak.

• Jangan beli ayam yang terlalu banyak patah tulang.

• Jika daging ayam yang anda pegang berlendir dan lembut, bermakna ia tidak lagi boleh dikategorikan sebagai daging ayam yang segar.

ok..bai


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


1 comment

23 Ogos 2012 10:26 PTG

nice sharing ^^

Catat Ulasan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Full Edit By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.