Sejarah penting berlaku selama bulan Ramadhan






Tentu saja peristiwa yang paling agung dan tidak ada tandingannya dalam sejarah Ramadhan sepanjang masa ialah turunnya wahyu Allah SWT iaitu Al-Qur'an kepada Nabi Muhammad SAW melalui perantara malaikat Jibril. Dan juga sekaligus penetapan ke-Rasul-an Muhammad SAW ketika Rasul SAW berumur 40 Tahun.


Dan peristiwa maha agung ini terjadi pada tarikh 25 Ramadhan menurut bebrapa pendapat Ulama yang masyhur. Dan ada juga yang mengatakan bahawa Al-Qur'an turun pada tarikh 22 Ramadhan. Atau juga sebagaimana riwayat yang masyhur dengan kita iaitu taggal 17 Ramadhan, dan semua riwayat ini juga ditulis oleh Imam Ibnu Katsir dalam Kitabnya "Al-Bidayah Wal-Nihayah".

banyaknya peristiwa penting termasuk peperangan Islam yang terjadi pada Ramadhan sepanjang serah ini menunjukkan kebesaran dan kemuliaan Ramadhan itu sendiri. Dan ini juga menjadi symbol bagi Ramadhan dan puasa itu sendiri bahawa ia adalah simbol kekuatan, Jihad dan juga 'Amal..


Beberpa Peristiwa penting itu diantaranya ialah:


1. PERANG BADAR

Perang Badar berlaku pada 17 Ramadhan. Nabi Muhammad SAW berdoa, 'ya Allah, sekiranya kami kalah dalam perang kali ini, tiada siapa lagi yang tinggal untuk menyembah-Mu.' Ramadhan adalah madrasah untuk merasaikan pahitnya perjuangan tetapi manisnya kemenangan. Lalu umat Islam menang dalam perang Badar.


Peristiwa yang benar-benar secara terperinci telah memisahkan mana yang Haq dan mana yang Bathil. Mana yang berada ada jalan kebenaran dan mana yang berada di jalan Kekufuran. Symbol hancurnya kemusyrikan dan penyembahan kepada berhala. Padahal ketika itu kedudukan Muslim secara kuantiti kalah dan jauh di bawah orang-orang kafir, namun Allah membalikan keadaan dan memenangi kebenaran.


"Dan sungguh Allah telah menolong kamu dalam perang badr, padahal kalian dalam keadaan lemah (sedikit). Maka bertaqwalah kepada Allah agar kamu mensyukuri-Nya. "(QS. Ali Imran 123)


Ibnu Abbas berkata: "itu (perang Badr) terjadi pada hari Jum'ah 17 Ramdhan, di hari itulah musuh Islam yang paling besar dibunuh".


2. Fathu Makkah (pembukaan KOTA MAKKAH)


Peristiwa pembukaan Kota Mekah ini yang juga bererti kemenangan bagi kamu Muslimin ketika itu setelah ter "usir" dari Mekah itu sendiri. Dan kemenangan ini terjadi pada hari Jumaat tanggal 20 atau 21 Ramadhan tahun ke-8 Hijrah. Dan tahun ini juga, tahun di mana hancurnya seluruh berhala yang mengililingi ka'bah.


3. Tersebarnya Islam di Yaman


Setelah diutusnya Ali bin Abi Talib ke Yaman untuk menyebarkan Islam di daratan tersebut pada Ramadhan tahun ke-10 Hijrah, beberapa kemenangan diperoleh oleh pasukan islam dan menjadikan Islam menjadi agama nombor satu bagi penduduk hingga saat ini di salah satu Negara semenanjung Jazirah tersebut.


4. PENYEBARAN ISLAM DI ANDALUSIA


Pada hari Jumaat 25 Ramadhan tahun 479 HIjrah, ada peristiwa besar yang menjadi momentum kemasukan Islam di benua biru, iaitu peperangan "Zulaaqoh" di Andalus (sekarang Portugal dan Sepanyol). Zalaqoh ialah nama sebuah daerah yang berada dekat dengan Portugal sekarang ini.


Pasukan Muslim yang ketika itu dipimpin oleh panglima Perang Yusuf bin Yasyfin, memenangi peperangan pagi buta melawan tentera Perancis yang tinggal di bawah kepimpinan Alfonso 6 dan berjaya masuk ke Andalus.


Sebelumnya Andalus telah dimasuki oleh kaum Muslimin setelah beberapa lama dikuasai oleh tentera Kafir setelah sebelumnya tentera Islam menguasai selat Giblatarq (Jabal Thoriq) di bawah panglima Thoriq bin Ziyad.


Thariq bin Ziyad berjaya masuk semenanjung Andalus dan menaklukannya pada 28 Ramadhan tahun 92 Hijrah. Momen yang paling dikenang dalam peristiwa ini ialah ketika Thoriq bin Ziyad membakar semua kapal pasukannya setelah mendarat di Andalus, itu yang bererti bahawa tidak ada tujuan kedatangan mereka ke Andalus kecuali kemenangan. Kerana kalau kalah mereka tidak akan dapat pulang, kapal mereka telah dibakar.


5. PERANG 'Ain Jalut


Kemenangan besar kaum Muslimin atas pasukan Mongol yang juga besar pada 15 Ramadhan tahun 658 Hijrah bertepatan 3 September 1260 M. Pasukan Islam ketika itu dipimpin oleh panglima Kharismatik Qutuz dari Mesir


Selain beberapa peristiwa yang telah disebutkan di atas, masih banyak lagi peristiwa yang tidak dapat saya sebutkan semuanya. Seperti kemenangan Muslim atas tentera Salib di Ramadhan Tahun 1393H/1973M. Peperangan untuk merebut kembali tanah Palestin yang sebelumnya direbut oleh Zionis Yahudi.


Intinya memang Ramadhan itu adalah bulan kemenangan, kekuatan, dan juga bulan Jihad. Bukan sebaliknya seperti yang banyak kita temui dari sikap kebanyakan orang yang ber-lemah-lemahn dan bermalas-malasan pada Ramadhan.

*SELAMAT MENYAMBUT EIDULFITRI UNTUK SEMUA BLOGGERS*


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


2 comments

19 Ogos 2012 3:17 PTG

Assalamualaikum.. Selamat hari raya maaf zahir dan batin...^_^
http://lokmanramli.blogspot.com/2012/08/selamat-hari-raya-aidilfitri-daripada.html

Dari lokman, bakal isteri dan keluarga.

20 Ogos 2012 2:34 PG

Banyaknya peristiwa penting di bulan Ramadhan yg kita sepatutnya amik tau sebagai umat Islam ni. nice sharing Lynn..

Catat Ulasan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Full Edit By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.