siyes kagum!




Baitul Muslim...^^

Cara paling terhormat dan penuh penghargaan untuk mengkhitbah seorang wanita atau lelaki adalah melalui orang tengah atau terus direct kepada walinya. Dan bukan secara terus kepada insan tersebut samaada melalui:-

1) email
2) facebook
3) telefon
4) twitter

>>> ana kagumi dan hormati pasangan yang mampu menjaga hati dan jiwanya dari lalai mengingati Allah s.w.t. hingga termeterainya ikatan perkahwinan...^^

Jagalah hati masing-masing ya. Jujur bagitahu, indahnya perasaan tatkala khitbah itu terus kepada walinya dan bukan secara langsung melalui insan yang mahu dinikahinya...=)


Wahai lelaki...
Kenapa kau cuba menegakkan benang yang basah. Bila ditanya kenapa kau bercouple, kau mengatakan untuk berkahwin dengannya. Tetapi sudah berapa ramai wanita yang kau pegang, bergambar... adakah kau nak mengahwini semuanya itu.


Wahai wanita...
Adakah kau menganggap diri kau itu hanya permainan lelaki... dipegang, ditangkap gambarmu dan ditinggalkan setelah bosan
denganmu?


Renungkan kembali wahai lelaki. Lindungilah wanita itu sebagaimana kau melindung ibu kau sendiri kerana mereka itulah yang bakal menjadi ibu kepada anak-anakmu. Janganlah kau melihat pada rupa paras dan betuk badan. Lihatlah wanita itu pada akhlak dan agamanya.



Wahai wanita...peliharalah tubuhmu itu dengan pakaian yang baik, dengan akhlak yang mulia dan pandanglah lelaki itu dengan akhlak dan sikap mereka, bukannya rupa dan bentuk badan.


“Hai orang-orang yang beriman! Jangan kamu mengharamkan yang baik-baik dari apa yang dihalalkan Allah untuk kamu dan jangan kamu melampaui batas, kerana sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang melampaui batas.” (al-Maidah: 87) 

Wassalam...


‎"Allah tak mencipta manusia hodoh, tapi Allah menciptakan manusia dengan kecantikan yang berbeza-beza"

:)

Kbai-


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Full Edit By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.