Bila Allah ingin seseorang itu menjadi baik, nescaya allah menampakkan baginya akan kekurangan dirinya sendiri. ( Ustaz Azhar Idrus ) |
Saya mencintai dia yang suka membaca,
Lalu saya cuba membaca,
Saya beli semua jenis buku fikrah,
Saya susah membaca,
- lima belas minit mengulang muka surat yang sama,
Saya jadi putus asa,
Saya mula merasa,
Tidak layak buat dirinya.
Saya mencintai dia yang menghafaz Al-Qur’an,
30 juzuk telah dia lancarkan,
Lalu saya cuba menghafaz,
Saya menghafaz ayat demi ayat,
Saya sering terhenti pada kalimah yang sama,
- masih di juz ‘amma,
Saya jadi putus asa,
Saya mula merasa,
Tidak layak buat dirinya.
Saya mencintai dia yang mengikuti halaqah,
Lalu satu halaqah telah saya tubuhkan,
Demi mencapai standard yang sama,
Lalu saya cuba bercerita,
- satu demi satu hal agama saya terangkan,
Setiap bait kata memulangkan diri menjadi hipokrit,
Saya jadi putus asa,
Saya mula merasa,
Tidak layak buat dirinya.
Saya mencintai dia yang penuh adab,
Lalu saya mengikuti adab-adab,
Ayat-ayat penuh santun dan hikmah,
Pakaian berusaha disopankan,
Saya rasa rimas,
- umpama sesak nafas apabila naik ke langit,
Saya jadi putus asa,
Saya mula merasa,
Tidak layak buat dirinya.
Ya. Beginilah. Beginilah Allah memberi rasa kepada saya
Anda?
Sama juga kah?
;)
Oh Tuhan,
Bilakah masanya saya akan layak buat dirinya?
Bila kita mahu,
InshaAllah Allah bantu.
Bila kita doa,
InshaAllah Allah bantu.
Mahu dan doa lah banyak-banyak. :)
( Ustaz Azhar Idrus )
2 comments
seandainya rasa yg dipunyai oleh watak diatas kerana rasa cinta dan kasih pada Pencipta, pasti dipermudakanNya kan? :)
amin ya rabbal alamin... syukran ukhty kiera.. :)