Saya jadi kelu.





Bila terdetik nak lakukan kebaikan, nak sebar kebaikan, hati seringkali berbolak balik. "Eh, aku bukan ustazah, aku tak layak nak cakap itu ini."

Duhai teman, Kita tidak perlu tunggu kesempurnaan baru nak lakukan kebaikan. Kerana kita tidak akan pernah mampu untuk jadi sempurna.

Andai saja kita tunggu kesempurnaan, nescaya kita akan mati tanpa sekelumit manfaat untuk kita kongsi dan sebar kepada orang lain.

Ingat dan ingat, kita saling memerlukan, kita bukan hidup untuk bersaing, tapi kita hidup untuk saling melengkapi. Saya perlukan kamu dan kamu perlukan saya, dan kita sama-sama SANGAT memerlukan Allah.

Lagi dan lagi, saya ingatkan diri saya dan kita semua, kebaikan itu perlu kita mulakan berkali-kali.

Jangan berhenti dan jangan lelah, mari, teruslah melakukan kebaikan...





ini adalah situasi yang saya alami hari ini...




Seorang ikhwan bertanya, "Macamana nak lupakan dan nak hilangkan ingatan terhadap seorang akhwat yang kita suke"
Saya tanya balik, "Kenapa nak ingat?"

Dia jawab, "Tak tahu. Sebab, saya suka dia."

Saya jawab, "Ingatilah Mati. Mengingati mati adalah motivasi terbaik untuk banyak perkara. Bila kita mula mengingati mati, ingatan dan fikiran kita tidak lagi pada perempuan atau apa saja benda dunia."

Dia diam.

Saya tambah, "Kenapa memilih untuk 'memberatkan' fikiran dengan hal yang tidak membawa kepada Allah? 'Beratkan'lah fikiran berkenaan masalah ummah. Itu jauh lebih penting."

Dia diam seribu bahasa. Bermuhasabah barangkali.

Hati saya merintih berkata:

'Lelaki. Jangan lemah kerana wanita. Kamu aset untuk agama!'

Hebat betul rasa cinta rupanya...


Allahurabbi. 

Terasa nasihat ini juga tertuju untuk diri saya. :')


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Full Edit By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.