hatiku cemburu benar...




Rasa itu datang lagi,

mendekat dan mahu mendekat lagi,

hati membencinya,

sedaya mungkin mahu menjauh.
(Sinis)
Hati lemah,
oh, kasihan.
Tak mampu menjauh,
akhirnya terkesan jua.
(Luahan sang hati)
Dia cantik, aku tidak.
Dia menawan, aku tidak.
Dia menarik, aku tidak.
Dia tumpuan, aku tidak.
Dia rebutan, aku tidak.
Dia solehah, aku tidak.
Dia semuanya, aku pastinya tidak.
Tertumpas akhirnya aku dengan rasa ini,
Ah. Bisikan-bisikan itu bagai menari-menari di corong telinga.
Semakin kuat dan kuat.
Aku mahu marah sekali!
(Marah)
Hai cemburu!
Hati benci akan dirimu!
Kenapa engkau mahu mendekati hati?!
Kenapa engkau mahu menganggu relung jiwa ku!?
Kenapa??
(Tenang)
Ku pandang dia dari kejauhan,
ku tenung dia penuh kecintaan,
ku resapi jiwaku dengan ketenangan dari Allah,
mahu mencari makna di sebalik rasa ini,
mahu menggali hikmah dari Allah.
Akhirnya, aku tenang sendiri,
cemburu mahu menjauh,
meninggalkan hati yang membencinya,
membiar hati tenang dan tenteram.
(Merintih)
Allah…
demikianlah hati yang sering berbolak balik,
selalu terkesan pada rasa cemburu,
selalu peduli akan bisikan halus,
selalu memikirkan kekurangan diri,
selalu melupakan rasa bersyukur.
(Koreksi)
Bila hati hilang keyakinan pada Allah,
maka cemburulah ia.
Bila hati sudah enggan bersyukur,
maka cemburulah ia.
Bila hati cinta akan dunia,
maka cemburulah ia.
Bila hati gelap akan hidayah dari Allah,
maka cemburulah ia.
Cemburu dan cemburu!
(Tersedar)
Allah…
diam aku berfikir panjang,
“Kenapa perlu aku cemburu?”
Sedangkan aku,
hidup untuk Allah,
dan aku tidak perlu pandangan manusia,
bahkan tumpuan manusia!
Ya. Aku hidup hanya untuk menyukakan Allah!
Bukan manusia!
Nah, aku tidak perlu cemburu!
(Bangkit)
Allahurabbi,
di kesepian ini,
aku senyum,
tanpa cemburu!
Alhamdulillah!



Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Full Edit By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.