aku cinta hujan


baru ku melangkah,

terasa pipiku basah,
Ah.

menangis kah aku?

masakan pula.

ku dongak menjauh ke langit,

Allah.

rahmat Allah sedang mencurah,

hujan…


langkahku itu tidak terhenti,

ku teruskan jua,

membiar hujan menyelimuti diriku.
ah.

segar dan sejuk sekali.

walau di saat manusia menyumpah2 hujan ini,

menuduh hujan sbgi penghalang aktiviti mereka,

aku malah mengalu-alukan,

kehadiran hujan.

Ah.

turunlah dgn lebatnya…

turunlah dgn kenikmatan,

turunlah dgn berkat…

turunlah rahmat Allah!

seronoknya tidak terkira.

lalu,

di hujung destinasiku itu,

aku terdiam terpaku,

berdiri seorang diri,

diam aku merelakan,

 hujan menimpa mencurah-curah ke atas tubuhku,

aku diam memejam mata,

menghadirkan rasa kesejukan,

rahmat yg sedang Allah turunkan.

Subhanallah.

aku menangis di dalam hujan,

Bila terasa lemah. Menangislah.

Bila terasa sedih. Menangislah.

Bila terasa jauh. Menangislah.

Bila terasa susah. Menangislah.

Menangislah dengan rintih hatimu. Sehebatnya.

Menangislah kerana Allah.

Allah merindui tangisanmu.

inilah kisahku bersama hujan.

AKU cinta Hujan......



Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


1 comment

4 Mei 2013 pada 10:42 PTG

Saya pun cinta hujan ^^
Rahmat dari Allah =)

Catat Ulasan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Full Edit By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.