wajah susah hati sebonarnya.... |
Syukur Alhamdulillah. Tadi saya sudah melepasi satu exam test...setelah melalui 2 kali interview...Alhamdulillah, mudah-mudahan dapat markah tinggi. Eheh. (:
*cepat-cepat Aminnnkan… cepat-cepat!*
Hmm. Sebelum test tadi, lecturer saya sempat pesan tau, garang bunyinya, dia kata:
“Siapa meniru, masuk neraka!”
Erk.! Kaku jap. Dahsyat. Masuk neraka tu… ada siapa-siapa nak ke?
Tapi, rasanya, lecturer saya tu bergurauuu kot. Rasanya la!
Sebab, saya pandang-pandang, jeling-jeling, ramai jugak yang meniru. Tak takut pun nak masuk neraka! *Blurr kejap.*
Ramaaiii. Saya tahu. Sebab saya sempat keluar ke tandas tadi
(Perut sakit memulas-mulas masa jawab test), nak keluar pun kena tulis nama...biasalah tu kan..
Sempat saya tinjau-tinjau orang belakang. Huhu. Mantap peniruan mereka!
Saya?
Eh. Saya bab-bab meniru ni saya tak berani. *saya kan budak baik.*
Hehe. Bukan, bukan. Saya sebenarnya, sudah terdidik dari sekolah rendah, cikgu cakap, tak boleh tiru… nanti kena denda. Kena denda, nanti kena potong markah. *saya tak mau kena potong markah*
Lepas tu, Ustaz pun pernah pesan, tak boleh tiru, nanti belajar tak berkat…
Ohh… saya pun ikutlah nasihat-nasihat tu. Tak berani tiru, tak berani memberi tiru. Sampailah sekarang.
jari siapa nie...?
Melihat pada fenomena kawan-kawan saya tadi, saya berfikir suatu benda.
“Kenapa, kenapa mereka ‘tergamak’ buat begitu? Memberi tiru dan meniru. Kenapa?”
~Ermm. Tak study ke? *serasa saya, soalannya senang je.*
~Ermm. Tabiat ke? *Mungkin jugak.*
~Ermm. Tak kisah ke dengan ‘ugutan’ lecturer tadi? *Eh, kalau dah berani buat, mestilah tak kisah!*
~Ermm. Mereka tak rasa ke Allah sedang melihat perbuatan mereka? *Uh. No comment.*
Sedang saya berfikir-fikir, Allah mengetuk pintu minda saya. Terdetik di hati saya,
“Bila sesuatu pekerjaan itu tidak dianggap ibadah, beginilah jadinya!”
Huh. “Kenapa begitu?” Tanya saya pada hati.
Berkerut-kerut dahi saya berfikir. Orang lain duk sibuk jawab paper, saya sibuk fikir benda lain. >.<
InshaAllah, bila kita rasakan setiap pekerjaan kita itu ibadah, kita akan jadi tak berani nak main culas. Kita tak berani nak menipu dan tak berani nak ‘mencuri’.
Dan, pastinya, kita tak berani nak meniru dalam ujian mahupun peperiksaan.
Sebab kita tahu, itu ibadah kita, Allah akan nilai dan Allah akan pertanggungjawabkan pada kita.
Nah! Jangan lupa itu!
Terpulanglah pada kalian. Nak senang di dunia, atau nak senang di akhirat!
Pilihlah!
(:
Sekian perkongsian ‘kanak-kanak’ saya.
Hehe. Cecomelnya saya. *Erk. Perasan. Sila tutup mata.*
Ok. Alhamdulillah. Siap pun perkongsian saya ni!
: )
Pasak dalam jiwa.
*Bismillah.*