"Ingat.... niat kerana Allah...." ...


...JANGAN MALU2 ..SILA KLIK  LINK NI EA....

Dari Abu Darda r.a meriwayatkan bahawa nabi s.a.w bersabda: "Barangsiapa yang menghafal sepuluh ayat daripada awal surah al-Kahfi, akan terhindar daripada fitnah dajjal. Dalam riwayat yang lain dinyatakan daripada akhir surah al-Kahfi." (HR Muslim)


"Ingat.... niat kerana Allah...." ...



Begitu juga semasa kami sekeluarga di meja makan, pak Tam turut ingatkan .... "....apa2 jua yang kita buat biarlah semuanya kerana Allah. Tukar amalan biasa biar jadi ibadah. Semua perkara yang kita lakukan bila dah kita niatkan buat kerana Allah akan bertukar menjadi ibadah dan sudah tentunya InsyaAllah akan dapat ganjaran pahala dari Allah jika kita ikhlas dalam melakukannya..." 

Ilmu yang pak tam dapat di Surau, pak tam sampaikan balik pada kami2 anak saudaranya ni yang tak ikut pergi ni. Alhamdulillah dapat disematkan sebagai motivasi buat diri dan adik2 yg lain.... :) Diperingatkan tentang nikmat Allah yang tidak terhitung banyaknya pada kita...Alhamdulillah syukur... Disamping perlu mengukuhkan ibadah fardhu, hendaklah kita tambahi dengan amalan sunat. Kemudian tambahi lagi mencari redha Allah melalui apa jua amalan baik yang kita lakukan setiap hari.... 

....iaitu bermula 
  • dari bangkitnya kita dari tidur, kita lafazkan doa mensyukuri nikmat hidup selepas mati selama 8 jam (tidur) itu
  • Kita membersihkan diri niat kerana Allah
  • solat subuh
  • bersarapan dengan kalimah Bismillahirrahmanirrahim
  • berpakaian menutup aurat kerana Allah
  • membuat kerja rumah niat kerana Allah untuk kesejahteraan keluarga
  • melakukan semua kerja dengan sebaik2nya... semampu mungkin, niat kerana Allah
  • solat sentiasa di awal waktu
  • tidak berbohong, tidak mengata orang, jauhi hasad dengki dan tidak berburuk sangka kerana takut akan azab Allah
  • Berdakwah, ingat mengingati, menghadiri majlis ilmu dan bersilaturahim kerana Allah
  • Menjaga pergaulan dan tuturkata kerana Allah SWT
  • Beraktiviti dengan masyarakat kerana Allah
  • Beraktiviti dengan keluarga kerana Allah
  • Menjamah juadah makan tengahari atau makan malam dengan nama Allah
  • Terlelap dan beristirehat itu juga kerana Allah.
Maka benarlah bagai dikata oleh abi pd kami anak2nya... jika 24 jam yang terisi itu nawaitunya hanya kerana Allah, maka 24 jam itu InsyaAllah akan menjadi ibadah kepada Allah SWT.......:D   
aminn....

Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Full Edit By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.