Ku resah mencarimu dengan akal
Dengan bersama sifat-sifat pinjaman
Kau ku rasakan semakin menjauh
Tersesatlah aku dalam rindu mu
Dengan bersama sifat-sifat pinjaman
Kau ku rasakan semakin menjauh
Tersesatlah aku dalam rindu mu
Ku satukan firasat mencari mu
Dan ku terlontar di penghujung alam
Kau masih tidak dapat ku jejaki
Betapa malangnya nasib ku
Dan ku terlontar di penghujung alam
Kau masih tidak dapat ku jejaki
Betapa malangnya nasib ku
Kerana mu ku tinggalkan segalanya
Sendiri aku terpedaya
Punya akal dan firasat yang tidak ke mana
Hanya jalan yang sengsara
Sendiri aku terpedaya
Punya akal dan firasat yang tidak ke mana
Hanya jalan yang sengsara
Zahir musnah bagi yang mimpi
Zahir ada rahsia mencari
Lalu ku selami di dalam diri
Dibawa arus nafas ku
Asal serah janji dahulu
Mula hidup pasti mula cinta
Zahir ada rahsia mencari
Lalu ku selami di dalam diri
Dibawa arus nafas ku
Asal serah janji dahulu
Mula hidup pasti mula cinta
Engkau kasih ada di sini
Engkau kasih ada menanti
Kau kasih aku jua kasih
Engkau kasih ada menanti
Kau kasih aku jua kasih
Tajuk/Lirik Lagu: Sesat Dalam Rindu
Penyanyi: Damasutra
Kita kena belajar bagaimana membaca & memahami tidak hanya apa yang tersurat, tapi juga yang tersirat.
Belajar lah jadi org yg kasyaf, mempunyai HATI org2 mu'min yg mampu membaca zahir batin,awal akhir. Kamu baca lah tentang kisah Nabi Musa& Nabi Allah Khaidir di dalam AL Quran.
Nabi Musa merasakan bahawa banyak yang difahami & dia merasakan bahawa diri nya hebat & luarbiasa kerana di kurniakan banyak kelebihan oleh ALLAH, kerana itu Beliau telah di tempelak oleh ALLAH?
Akhir nya dididik oleh Allah agar:
1. Jangan berasa sombong,sedangkan aku jadikan Nabi ALLAH Khaidir itu lebih hebat dari kamu, namun tidak dengan kehebatan nya tadi menyebab kan Beliau perlu merasa megah & sombong kepada semua makhluk2 yg lain?
2. Nabi Musa juga diajar melalui 3 peristiwa penting tentang sifat kesabaran yg sangat tinggi sebelum di kurniakan hikmah oleh ALLAH, ditegur oleh ALLAH kerana tiada sifat kesabaran itu adalah kepincangan iman & cacat nya akhlak?
3. Diajar tentang hikmah perkara apa yang kita lihat tak semestinya apa yg sebenarnya? Jangan menilai sesuatu denagn apa yang kita lihat & rasa, ianya tak semesti apa yg ALLAH maksudkan. Memang pada zahirnya dia melihat apa yg telah dilakukan oleh Nabi ALLAH Khaidir itu pada zahirnya sangat zalim & hina sedangkan dalam ilmu ALLAH yang telah di berikan kefahaman nya kepada NABI Khaidir hikmahnya adalah sesuatu yg sebenarnya tidak dapat di jangkau oleh akal & fikiran manusia?
Segala2nya ada mempunyai Rahsia yang sangat besar yang tidak menusia itu ketahui & dapat selami kecuali mereka adalah org2 yg di pilih ALLAH menjadi kekasih2 nya yg benar2 beriman & bertaqwa?
Maka berniat lah bersungguh untuk mengenal diri & mencari keredhaan ALLAh berbanding dengan keredhaan manusia?
Lisan (lidah) memang tak bertulang, sekali kita gerakkan sulit untuk kembal ipada posisi semula. Demikian berbahayanya lisan, hingga ALLAH dan Rasul-Nya mengingatkan kita agar berhati-hati dalam menggunakannya.
ALLAH SWT telah memerintahkan kita semua untuk berkata yang benar, seperti tertulis dalam firmanNya, “Wahai orang-orang yang beriman, bertakwalah kalian kepada Allah dan katakanlah perkataan yang benar.” ( Al-Ahzab: 70).
Rasulullah SAW bersabda: “Barang siapa beriman kepada ALLAH dan hari akhir maka hendaklah ia berkata yang baik atau diam.” (HR. Al-Imam Al-Bukhari hadits no. 6089 dan Al-Imam Muslim hadits no. 46 dari Abu Hurairah)
p/s~tak tau kenapa mengantuk sangat malam nie....AMPUNI Segala dosaku ya..Allah,
maafkan jika blm sempurna menjadi hambaMU
2 comments
moga2 kita tak jatuh dalam golongan tu.. :D nice one Lynn :D
syukran nadh...^_^
berkat nasihat yg nadh berikan..
semoga senantiasa nadh di dalam Ridha-Nya Amin....