nak share sesuatu dgn teman2 hari nie..tentang khasiat bawang Putih. dan adik beradiknya. bawang Merah....tanpa dua item nie..masak pun jd ta sedap kan...alhamdulillah....syukur...ermmm rasa mcm its good to share kan......
dalam Al Qur'an surat Al-Baqarah ayat 61 yang ertinya,
"Dan (ingatlah),ketika kamu berkata,"Hai Musa, kami tidak tahan dengan satu macam makanan saja.Sebab itu mohonkanlah untuk kami kepada Tuhanmu, agar Dia mengeluarkan bagi kami dari apa yang ditumbuhkan di bumi, yaitu: sayur mayurnya, kacang adasnya dan bawang merahnya...."
(QS. Al Baqarah: 61).
jom....kita selusuri khasiat cik bawang MERAH.....
1. Pening Kepala
Potong 2 ulas bawang putih dan telan bersama sedikit air. Sapu tempat yang sakit dengan minyak bawang putih.
2. Lemah Otot
Ambil tiga ulas bawang putih dan hancurkan. kemudian minum bersama susu unta setiap hari selama sebulan bagi menguatkan otot yang lemah.
3. Demam Selsema
Telan seulas bawang putih setiap kali selepas makan sebanyak 3 kali sehari. Minum air perahan bawang putih dan limau serta berkumur air wap bawang putih.
4. Susah Hadam
Rebus bawang merah bersama kulitnya. Kemudian kupas bawang itu. Bawang itu haruslah dihancurkan dan dicampurkan ke dalam madu asli dan dijadikan krim sapuan roti. Amalkan selalu.
5. Serangan Angin
Campurkan air perahan bawang merah 1/2 cawan bersama halba rebus setengah cawan. Kemudian bancuhkan sedikit madu asli ke dalam bancuhan itu.Kacau dan minum campuran itu setiap hari.
6. Serangan Cacing
Amalkan meminum air rebusan bawang merah setiap hari.
jom kite jenguk pulak khasiat dr cik BAWANG PUTIH pula...... :)
Bawang putih mengandung khasiat yang bersifat anti bakteria dan antiseptik. Bawang putih juga bersifat anti kolesterol. Daya ini mencegah penyakit jantung kronik, tekanan darah tinggi dan lain-lain. Bawang putih mengandung zat-zat:
Kalsium : bersifat menenangkan hingga sesuai dijadikan supliment mencegah gejala hipertensi.
Saltivine: menggalakkan pertumbuhan sel dan merangsang susunan sel saraf.
Belerang : Selain untuk kesihatan badan, kandungan belerang amat berguna dalam menangani masalah gangguan jin, kerana jin juga alah kepada belerang / unsur belerang...
Diallysulfide, alilpropil-disulfida : anti cacing.
Protein.
Lemak.
Fosforus.
Zat Besi.
Vitamin A,
Vitamin B1 dan
Vitamin C.
Manfaat Bawang Putih
Bawang putih dapat digunakan untuk pengubatan alternatif seperti berikut :
Bawang putih untuk merawat selesema dan batuk.
Kandungan sulfur yang terkandung dalam bawang putih membuatnya memiliki bau dan rasa yang khas dapat meningkatkan dan mempercepat kegiatan membran mukus di saluran pernafasan, yang membantu melegakan batuk dan mengeluarkan lendir. Bawang putih mentah mengandung phytochemical yang dapat membantu membunuh bakteria dan virus penyebab penyakit.
Cara rawatannya
Makanlah bawang putih dalam kuantiti yang dirasakan perlu dengan segera apabila anda merasa sakit, atau tambahkan bawang putih pada masakan.
Anda juga dapat membuat ubat batuk dengan kaedah ini :
Hancurkan bawang putih (tumbuk / kisar)
Masukan ke dalam susu segar,
Panaskan di dalam periuk sekitar 1-2 minit,
Minum ketika masih panas.
Bawang Putih dan Kanser
Bawang juga mempunyai kandungan khasiat untuk memerangi penyakit kanser, terutama kanser perut dan usus besar. Organosulfida yang terkandung dalam bawang putih membantu hati memproses & memerangi kimia beracun, termasuk melawan kimia yang menyebabkan kanser, beberapa penelitian epidemiologis menunjukan bahawa orang yang banyak menggunakan bawang putih lebih rendah risikonya terkena kanser perut dan usus besar.
Sebagai Penyembuh Buasir
Pertama bersihkan dulu daerah anus (lubang dubur) dan sekitarnya dengan air hangat dan sabun, sapukan beberapa ulas bawang putih yang sudah dihancurkan sebanyak 3-5 kali pada anus yang telah dibersihkan, tunggu beberapa menit lalu bersihkan.
Pengaruh Pemakaian Bawang Putih
Akibat mengamalkan bawang putih terlalu banyak membuat napas kita menjadi bau, untuk menghilangjkannya kita dapat melakukan cara –cara berikut ini :
Meminum air teh pekat atau kopi setelah menggunakan / makan bawang putih
Kunyah kulit limau.
Seimbangkan dengan makanan yang terbuat dari protein, hati, dan telur
Atau boleh juga direbus, dibakar dan dibuat acar untuk mengurangkan bau bawang putih dalam mulut.
Dalam menggunakan bawang putih sebaiknya tidak dimakan mentah, kerana dapat mengganggu perut. Oleh kerana itu dianjurkan agar bawang putih itu terlebih dahulu direbus, digoreng, atau dipanggang dulu sebelum makan. Tetapi jangan sesekali meggunakan rawatan bawang putih ini dalam cara apa sekali pun ketika sedang menghadapi masalah atau penyakit di perut dan usus besar....
dapat ta sesuatu hari....nie.... moga bermanfaat yep!