"why I'm so stupid?!"





There is at bottom only one problem in the world and this is its name: how does one break through? How does one get into the open? How does one burst the cocoon and become a butterfly?" -Thomas Mann-


Berada dalam dilema bukanlah suatu perkara yang mudah. membuat sesuatu keputusan bukanlah sesuatu yang boleh dipandang enteng apatah lagi bila keputusan yang nak dibuat tu melibatkan banyak pihak.. so kenala fikir habis-habis.. fikir sedalam-dalamnya.. dan memohon petunjuk Allah.. buat istikharah, moga-moga diberi ketetapan hati..

smua tindakan kita mmg ada risikonya..
kalau semuanya selamat.. alhamdulillah..

tapi bila hujan di tengah hari? (nasib tak menyebelahi?)

setiap orang pasti ada sekurang-kurangnya satu perkara yang dia sangat kesali dalam hidup dia.. sometimes 'bad things' tu cuma berlaku pada diri dia je.. orang lain tak terlibat.. sometimes melibatkan orang lain..

hakikatnya perkara tu telah pun berlaku..

**hehe.. skema nya ayatku.. hm.. sedang berusaha menaip pelan2 supaya kurang kesilapan ejaan :p

menyesal?
ramai orang menyesal..

geram?
ramai orang geram dengan diri sendiri..
"why I'm so stupid?!" ----> ayat ni popular di kalangan orang2 yang datang jumpa saya.. hm..

so..

bukanlah satu tindakan bijak dengan membiarkan diri berada dalam kesedihan dan penyesalan yang berpanjangan.. bila kita dalam keadaan sedih, hormon2 yang tak baik untuk kita akan disintesiskan.. so emosi kita akan semakin down..down.. dan down..
bukan tu je, jantung kita akan jadi laju.. nafas jadi sesak.. ala.. simptom2 stess.. dan high risk utk sakit jantung... strok.. nauzzubillah..
jangan menzalimi diri sendiri..
dan jangan menzalimi org2 yang kita sayang (jangan buat orang yang kita sayang bimbangkan kita.. jangan buat mereka susah hati.. bukan tu cara nak treat those we love..)

the best way ialah...

iringilah keburukan dengan kebaikan..

Daripada Abu Zarr Jundub ibn Junadah, dan daripada Abu Abdul Rahman Mu'az ibn Jabal RA, daripada Rasulullah saw bahawa Baginda bersabda: (Bertaqwalah kamu kepada Allah di mana sahaja kamu berada, iringilah kejahatan itu dengan kebaikan nescaya ia akan menghapuskan kejahatan tersebut, dan bergaullah sesama manusia dengan akhlak yang baik). Hadis riwayat al-Imam at-tarmizi, beliau berkata: Ia adalah hadis hasan, dan sesetengah yang lain menyatakan ia adalah hadis hasan sahih. 

sebabnya perkara yang kita dah terlajak tu dah pun berlaku.. dah pun jadi sejarah dalam hidup.. so kalau dikenang-kenang pun, ditagisi pun, di hantui sekalipun... thats not going to make it better..

jadilah orang yang bijak.. yang mengambil iktibar dari apa yang berlaku.. semua perkara ada hikmahnya.. walau sebodoh mana perkara tu.. walau sebodoh mana tindakan tu.. tu semua dah pun berlaku.. dan itulah yang memang tercatat di kitab Luh Mahfuz.. kitab yang mencatat Qada' dan Qadar.. hatta sehelai daun yang gugur pun tercatat di situ..

Maka adakah patut kamu menyangka bahawa Kami hanya menciptakan kamu (dari tiada kepada ada) sahaja dengan tiada sebarang hikmat pada ciptaan itu? Dan kamu (menyangka pula) tidak akan dikembalikan kepada Kami? Maka (dengan yang demikian) Maha Tinggilah Allah Yang Menguasai seluruh alam, lagi Yang Tetap Benar; tiada Tuhan melainkan Dia, Tuhan yang mempunyai Arasy yang mulia. (Surah Al-Mu'minun 23: Ayat 115-116)

Pilihlah utk berubah..

Terimalah dengan hati yang redha di atas segala ketentuan kerana Allah telah memilih kita untuk menempuhinya..

Walau seburuk mana ketentuan itu, yakinlah setiap sesuatu itu ada kebaikannya.. Allah jatuhkan kita di lubang kecil agar kita berhati-hati dan tidak jatuh di lubang besar. Alangkah bahagianya jika kita sedar satu lagi hikmahnya.. supaya kita dapat membimbing teman-teman lain dari jatuh di lubang yang sama.. dan dapat menarik keluar mereka yang jatuh..


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Full Edit By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.