Bila dikenang-kenang memang payah kita dalam bab nak jaga hati ini. Hati yang berbolak-balik sering saja memberi alasan untuk kita tidak terus amalkan apa-apa yang baik. Contohnya dalam elok2 kita dapat luangkan masa mengimarahkan masjid untuk solat berjamaah dan menghadiri majlis ilmu misalnya, tiba2 je kekadang hati kita menjadi berat untuk terus istiqamah melakukannya.
Itu perumpamaannya.....^^
hidup ini adalah medan ujian. Oleh itu kena betul2 kita awasi hati seiring berhadapan dengan ujian kehidupan. Hati terdiri dari 3 bahagian iaitu hati yang sejahtera, hati yang sakit dan hati yang mati.
- Hati yang sejahtera disebutkan sebagai hati yang bebas dari syirik, tidak ragu2 dan tiada bintik2 hitam yang boleh mengundang dosa.
- Hati yang sakit adalah hati yang berpenyakit, pahit untuk lakukan ibadat, pahit untuk melakukan amalan yang berterusan. Perumpamaannya bagaikan orang yang sakit, kalau disuruh makan nasi beriani yang sedap sekalipun, tidak akan timbul rasa selera untuk memakannya. Tekak terasa sakit untuk menelan, lidah terasa pahit bila merasa hidangan.
- Hati yang mati adalah hati yang tak rasa sedih bila terlepas buat benda2 baik, tak rasa menyesal bila buat benda yang tak baik.
Sama dalam hal bagaimana kita mengurusi masa kita. Jika kita bijak uruskan masa kita dengan baik, InsyaAllah segala2nya akan jadi lebih teratur. Hasilnya hidup kita akan jadi lebih bermakna bila kita dapat mengenalpasti arah-tuju kita yang sebenarnya dalam kehidupan ini. Moga sentiasa mendapat rahmat dan keampunan Allah...aminnn