Jatuh yang tak mengundang orang simpati ialah jatuh cinta.CINTA adalah fitrah dan kurnia ILLAHI.Tidak ada siapapun yang dapat melarikan diri daripada mencintai dan dicintai.Namun demikian , puncak CINTA ada orang masuk syurga kerana CINTA dan ramai orang yang dihumban ke neraka gara-gara CINTA. Nauzubillah. CINTA yang bagaimana yang mampu membawa seseorang ke surga?
CINTA yang dialirkan oleh ALLAH ke dalam hati, itulah CINTA yang benar, suci lagi murni.CINTA yang bukan diukur ikut pandangan mata,tapi ikut pandangan ALLAH.Ia atas dasar ALLAH dan CINTA terjadi atas keredaan ALLAH.CINTA begini tiada batasannya.Tidak pula kenal jenis kelamin dan kedudukan.Dan CINTA ini lahir hasil dari CINTA kepada ALLAH jua.
CINTA KERANA ALLAH
NAK cite sikit kisah sejarah k CINTA Zulaikha terhadap Nabi Yusuf.Sewaktu Zulaikha dibelenggu oleh CINTA nafsu yang berkobar-kobar pada Nabi Yusuf , dia sanggup hendak menduakan suaminya yang bertugas sebagai seorang menteri....sungguh dashyat penangan CINTA ini bukan...?
Ketika Nabi Yusuf menolak keinginannya, Zulaikha menarik baju Nabi Yusuf hingga terkoyak. Akibat daripada peristiwa itu , Nabi Yusuf telah dimasukkan ke penjara. Tinggallah Zulaikha memendam rindu CINTANYA kepada Yusuf.
Penderitaan CINTA yang ditanggung oleh Zulaikha menyebabkan dia berubah daripada seorang perempuan yang cantik menjadi perempuan tua yang tidak cantik lagi. Matanya banyak menangis terkenangkan Yusuf, hartanya habis dibahagi-bahagikan kerana Yusuf. Sehingga datanglah belas kasihan daripada ALLAH terhadapnya. Lalu ALLAH mewahyukan agar Nabi Yusuf mengawini Zulaikha setelah ALLAH mengembalikan kesihatan dan kecantikannya.
sangat pelik , ketika Zulaikha mengenal ALLAH, datanglah CINTAnya pada ALLAH sehingga waktunya lebih banyak dihabiskan untuk bermunajat dengan ALLAH dalam ibadah dan zikir.
Begitulah betapa CINTA yang dulunya datang dari nafsu dapat dipadamkan setelah mengenal dan CINTA kepada ALLAH. CINTA ALLAH adalah CINTA taraf yang tinggi. Puncak CINTA ini ialah pertemuan yang indah dan penuh rindu di surga yang dipenuhi kenikmatan.
CINTA pada ALLAH akan lahir pada orang yang mengenal ALLAH. Kerana CINTA yang lahir ada penyebabnya. Jika wanita CINTA pada lelaki kerana kayanya, baiknya,tampan, dan sebagainya dan lelaki CINTA wanita kerana kecantikan, baik, lemah lembut dan sebagainya maka bagi mereka yang berakal akan merasa lebih patut dicurahkan rasa CINTA pada ALLAH kerana segala kenikmatan itu datangnya daripada ALLAH.
sahabat sahabiah sekalian, ALLAH yang menciptakan kita sebagai-NYA , kita diberikan berbagai-bagai nikmat seperti kesihatan yang baik , kegembiraan dan lain-lain. Baik kita ingat krpada-NYA ataupun ataupun tidak, kita tetap diberi-NYA nikmat-nikmat tersebut. Begitulah , kebaikan yang diberikan ALLAH kepada kita terlalu banyak sebagaimana firman-NYA, yang bererti:
"Kalau kamu hendak menghitung nikmat -nikmat ALLAH, niscaya tidak akan terhitung."
Ada orang mengatakan :"JIKA KAU BERIKAN HATIMU ATAUPUN CINTAMU PADA MANUSIA NESCAYA CINTAMU AKAN DIROBEK -ROBEKNYA. TAPI KALAU HATI YANG PECAH ITU DIBERIKAN KEPADA ALLAH NESCAYA AKAN DISATU-SATUKANNYA .ERTINYA CINTA DENGAN ALLAH PASTI TERBALAS. DAN ALLAH TIDAK MEMBIARKAN ORANG YANG DICINTAI-NYA MENDERITA DI AKHIRAT."
Jadi seorang yang bijak dan beradab dalam meletakkan kecintaan yang besar pada ALLAH, pada Rasulullah dan barulah kepada makhluk -makhluk lain di samping-NYA.Itulah konsep CINTA yang yang betul dan menguntungkan di dunia dan di akhirat. Itulah dia CINTA kita pada ALLAH SWT yang patut kita letakkan...
aminn ya rabbal alamin....