Apa rasamu hai gadis
bila ada teruna
memuji wajahmu cantik nan ayu
melirik senyum cuba menjaring
Nafsumu kata "oh.. cantiknya aku."
Akalmu kata "hmm kena jual mahal."
Ilmumu kata "dia cuma memuji, tak lebih dari itu."
Imanmu kata "aku menjadi fitnahkah?"
Oh gadis
dirimu memang hiasan dunia
tapi cantikmu bukan pameran
ayumu bukan murahan
Yang tertutup kan lebih baik
terlindung suci dari godaan
ANA dah baca banyak juga artikel dan buku ttg niqob. conclusion, tidaklah wajib pakai selagi tidak menjadi fitnah. ana pernah bertanya seorang sahabat, fitnah tu bagaimana?
Katanya, apabila kejahilan mengatasi kebenaran....
Justeru.. pakai niqob untuk elak fitnahkah?? ya memang betul...
ana pernah tanya seorang syabab, cantik itu bagaimana? Katanya, cantik itu subjektif. Penilaiannya berbeza. -Justeru bagaimana mahu tahu andai kecantikan wanita itu manjadi fitnah yg mewajibkan pakai niqob?
Katanya, terpulang pada wanita itu dan lelaki di sekitarnya. ....
teringat pesan ustaz syukri..." Neracanya ilmu dan iman, bukan nafsu dan akal...".. ana masih ingat lagi kata2 ini...
tetapi pada masa kini rata2 ana lihat....ada isteri pakai niqob sebab suami suruh. Ada akhawat pakai niqob sebab "ustaz" suruh. Ada anak pakai niqob sebab mak ayah suruh. Ada yang pakai niqob sebab keadaan mendesak. Ada yang pakai sebab takde sapa-sapa suruh, tapi kerana mencintai sunnah isteri-isteri nabi. (alhamdulillah) Yang tak pakai, sebab takde sapa-sapa suruh .... Atau nak pakai tapi terhalang....
wallahualam...
ANA berharap dan berdoa selalu semoga kita bisa istiqomah, sami’na wa atho’na, agar terhindar dari murka Allah…
YA ALLAH... Aku iri dgn mereka. Muslimah yang tidak pernah menimbulkan fitnah wanita. Aku takut jika
suatu saat, tanpa aku sedari aku dapat menimbulkan fitnah....
Bg ikhwan, Hati2 dgn Fitnah wanita. Dan bg akhwat bantulah para ikhwan agar tidak terjerumus dlm fitnah wanita.....
amin ya rabbal alamin............
p/s~ Ayat-ayat di atas tidak bermaksud untuk menyinggung perasaan sesiapa ya. Sebuah catatan untuk diri sendiri yang alpa ini.
1 comment
saye nak copy isi entri ni boleh ??? :D