Setelah beberapa bulan keputusan Kes Liwat saya di Mahkamah Tinggi, saya telah diberi kesempatan oleh Allah SWT ke Tanah Suci menunaikan Umrah bersama Arwah nenek. Alhamdulillah, semasa disana, saya peroleh semula kekuatan dan ketenangan. Maklumlah, pada Januari 2012, selepas keputusan kes saya diputuskan, saya berasa amat lemah dan tertekan.
Beberapa hari sebelum saya pulang, selepas Zohor, saya melakukan tawaf sunat, Solat Taubat dan Istiharah, saya mohon pada Allah petunjuk mengapa saya dijemput lagi untuk ke Tanah Suci?, sedangkan saya baru sahaja menunaikan Haji bersama Arwah Nenek pada November 2010.
Selepas sahaja Solat Fardhu Zohor, hati saya begitu terpanggil untuk melepaskan segala luka dan perit didalam hati saya, dengan melafazkan sumpah di hadapan Baitullah. Saya pun terus ke Kawasan Multazam(Pintu Kaabah), lalu melafazkan dan merakamnya sendiri.
Terus terang, selepas saya melafazkan Sumpah Laknat tersebut, secara tiba-tiba saya rasa seperti hilang segala rasa tekanan dan beban yang sedang dipikul. Saya benar-benar rasa puas dan peroleh keyakinan dan keberanian. Pada hemat saya, setelah keputusan kes saya diputuskan sebegitu rupa, hanya kepada Allah SWT sahaja tempat yang tepat untuk memohon pertolongan dan berserah, tiada siapa yang dapat bantu saya, sudah hilang segalanya.
Semasa itu, saya pun tidak pasti mengapa saya digerakkan Allah untuk berbuat demikian.
Video sumpah yang berlatarbelakangkan suasana tawaf di Kaabah itu dipersoal sama ada benar atau hanya sekadar rakaman dalam studio menggunakan teknik 'Chroma Key' (latar belakang hijau).
Ini kerana, beberapa kecacatan dikesan pada video tersebut khususnya berkaitan beberapa subjek utama di sekitar Kaabah yang salah kedudukan dalam video tersebut.
Bagi masyarakat biasa yang tidak pernah sampai ke Mekah mungkin tidak dapat mengesan kejanggalan video tersebut, mamun bagi mereka yang pernah pergi menunaikan haji atau umrah, atau pembimbing orang mengerjakan haji dan umrah (mutawif), kesilapan jelas kelihatan.
Kejanggalan pertama yang ditimbulkan, adalah mustahil bagi Saiful untuk berdiri tegak di sisi kaabah dalam suasana orang sedang tawaf apa lagi berada berhampiran dengan Multazam.
Kejanggalan kedua pula, dipersoalkan kenapa ketika berada di Hijr Ismail, tiba-tiba timbul gambar Maqam Ibrahim di sebelah belakang dan kiri bahu Saiful.
"Kalau betul dia berdiri di hadapan Multazam, sepatutnya Maqam Ibrahim berada di sebelah kanan bahu si Saiful dan kamera pula di sebelah kiri bahu dia.
"Perhatikan betul-betul Maqam Ibrahim pula bergerak, mengesahkan lagi gambar super imposed, " kata seorang pengguna facebook yang juga seorang mutawif.
Selain itu turut dipersoalkan berhubung kualiti audio suara Saiful yang didakwa mustahil untuk mendapatkan audio sejelas itu dengan keadaan orang ramai sedang tawaf dan berzikir serta berdoa.
Ada juga yang mempersoal tentang imej seorang lelaki yang dikatakan seolah-olah bertindih dengan tubuh Saiful sedangkan beliau tidak bergerak.
"Adakah ini hanya video menggunakan skrin hijau macam filem Cicakman dan Merong Mahawangsa.
"Aku tak mahu tuduh sape yang buat video ini, tapi aku rasa ini satu penipuan," kata seorang lagi pengguna.
sumber
Notakaki- "Seburuk apa pun yang kau lakukkan anakku, ingatlah kamu menyandang nama Muhammad"
-Cinta Di Ujung Sajadah, Asma Nadia-
10 comments
Semoga diberi petunjuk & kebenaran.. Insya Allah..
ada 2 benda tak kena dengan gambar atas.
1. saiful bergambar masa waktu solat jamaah.
2. tanda 2 biji di dahi ada. dlm video tak de plak.
saidmirro
Nampak sangat edit gambar dengan video tu.
adoiii..mcm3 la
http://mimbarhatiku.blogspot.com/2013/05/tips-tarik-minat-anak-bersolat.html
ANOM 11.03
rasanye baik anda siasat betul2...
gambar 1.. masa dia tunai haji
video.. dia tunai umrah..
sumpah laknat atas dirinye.. jika doa bohong. dia sanggup terima azab sampai akhirat... utk buktikan dirinye...
anda berani bersumpah laknat atas diri sendiri jika anda menipu...
Anda sumpah laknat atas diri sendiri.. panah petir ke... jika anda rasa anda betul.. video saiful pula penipu...
saya.. tak berani kata itutipu atau tidak... tapi saya yakin... dan tak akan bermain dengan sumpah dngan lafaz sumpah waLLahi.. wa biLLahi.. wa TaLLahi... jika berani.. anda bersumpahlah anda benar.. saiful bohong...
wassalm
apakah manusia zaman sekarang ni dah tak reti takut dgn Allah s.w.t dah ke... ni bukan calang2 punya tipu dah ni, geng2 ni tak takut ke? ish ish...
Hmm..nmpak mcm ok je..ntah la..wallahua'lam
apa masalah ngn video tu?? ok je pn...
Betul ke tipu?
Video tu tak mustahil bergerak-gerak bergantung kepada kecanggihan peralatan yang digunakan. Saya punya video pun bergerak-gerak sebab tangan bergetar. Saya ambil guna telefon bimbit yang ala-ala canggih tapi tak berapa canggih sampai boleh stabilkan pergerakan dalam video.
Tiada tanda dua di kepala? Tanda apa? Dua titik hitam tu ke? Saya tengok ada je di dalam gambar dan dalam video?
Kenapa tak berlanggar? Cuba perhati video tu betul2. Ada perempuan berpakaian hitam, orang lain lalu di sekeliling dia, tak berlanggar pun? Lelaki yang tengah solat pun sama. Kita pun sama juga, ada orang berdiri di tengah jalan, takkan kita nak jalan terus? Kita pusing sikit lalu dekat tepi orang tu. Lain la kalau dah samseng sangat.
Pasal Multazam dan Maqam Ibrahim, saya tak boleh komen sebab saya pernah pergi.
Kenapa audio jelas? 1) Rakam dekat dengan dia. 2) Edit supaya filter bunyi yang tak berkenaan. Memang la video ni ada edit sikit, kalau tak, tulisan putih tu tak la muncul di skrin. Tapi palsu?
Susah nak kata melainkan ada pakar berkecuali sanggup buat forensik ke atas video ni.
Saya tak tahu siapa yang benar, siapa yang salah, sebab tak seorang pun rakyat Malaysia yang mengaku sebagai saksi tuduhan kes ini. Dan kita tak boleh juga kata ini tuduhan palsu kerana tak mustahil berlaku (Tolong la, banyak kes rogol berlaku di Malaysia tapi berapa orang yang boleh jadi saksi? Benda ni berlaku di luar tabir).
Jadi janganlah kita memburuk-burukkan kedua-duanya. Tak pasal-pasal kita ni berdosa besar sebab memfitnah dan mengumpat mereka.
Ingatlah, dosa memfitnah lebih berat dari dosa membunuh. Dosa mengumpat pula seperti makan daging saudara sendiri. Korang nak makan ke? Eee, geli aku.