Blogger Milo Suam ditahan polis.




Yusuf Al Siddique Bin Suratman atau lebih dikenali sebagai Milo Suam, sempena nama blognya; MiloSuam blogspot yang baru-baru ini menulis kemungkinan berlaku penipuan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam blognya, ditahan polis malam ini dan dibawa ke Bukit Aman.




 


KUALA LUMPUR 2 MEI: Blogger, Milo Suam yang baru-baru ini mendedahkan kemungkinan penipuan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam blognya, ditahan polis malam ini di Setia Alam sebelum dibawa ke Bukit Aman.

Ia dinyatakan dalam laman facebook rasmi KEADILAN lewat malam ini yang turut menyebut, sepasukan polis juga datang ke ibu pejabat KEADILAN di Merchant Square di Petaling Jaya.

“Blogger Milo Suam ditahan polis dan dibawa ke Bukit Aman. Polis juga sekarang berada di hadapan Ibu Pejabat Keadilan di Merchant Square,” kenyataan itu dipetik.

Sebelum ini, beberapa laporan polis dibuat terhadap Milo Suam yang pernah menyiarkan artikel dan gambar mendakwa anggota polis mengundi lebih awal dari tarikh sebenar.

Blog itu memaparkan kekeliruan yang didakwanya ditimbulkan SPR berkaitan undi pos dan undi awal.
Laporan itu dibuat Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman dan SPR.

Ironinya, blogger pro-Umno, Papagomo yang kerap memapar kandungan video fitnah lucah tidak pula ditangkap walaupun berpuluh-puluh laporan polis dibuat orang awam walaupun kesalahannya terang-terang menyalahi peruntukan undang-undang.

notakaki-Inilah yang dikatakan Melayu Sepakat Untuk Khianat.



Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


7 comments

Tanpa Nama
2 Mei 2013 9:09 PG

manusia memang macam tu..
bila nak tutup salah sendiri mcm2 diguna..tapi bila diri sendiri yang salah, dia buat tak peduli je,,

2 Mei 2013 9:12 PG

hurmm..

2 Mei 2013 10:15 PG

terssangat kotor dah politik sekarang..yang benar ditutup..

2 Mei 2013 11:25 PG

dunia2...

2 Mei 2013 11:54 PG

Kita doakan moga pejuang seperti milo suam ini mendapat pembelaan...

3 Mei 2013 12:06 PG

Tabahkan dirimu wahai blogger Milo Suam. Insyaallah, jika kita dijalan benar, semua akan selamat dan jika tidak akan berlaku sebaliknya.

Saza
3 Mei 2013 1:37 PG

saya taktau lah nak cakap ape, tentang papagomo better ramai-ramai pergi report polis kalau betul artikelnya fitnah maka polis boleh laa siasat dan kenapa milosuam ni nak pergi jerman tgh hangat2 nak GE ni? saya rasa better awak jgn buat blog campor dgn politik ni. Buat la blog ilmiah lagi bagus utk muhasabah diri jugak.

Catat Ulasan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Full Edit By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.