Baca Tulisan Rasmi Jawapan Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat:
Bismillah, saya membaca laporan muka hadapan New Straits Times semalam yang memaparkan di muka hadapan laporan mengenai masalah sosial di Kelantan dengan tajuk Kelantan After Dark. Ia disambung pula dengan paparan Buletin Utama TV3 malam semalam dan juga kenyataan seorang pemimpin utama UMNO Kelantan yang mengatakan bahawa ini adalah bukti Kelantan tidak sempurna.Respon saya ialah saya tidak pernah menyatakan bahawa Kelantan sempurna. Namun, kerajaan negeri telah melakukan yang terbaik untuk mengekang aktiviti tidak bermoral di negeri ini. Kami mengharamkan premis judi, rumah-rumah urut dan menghalang penjualan minuman keras secara terbuka. Jika ia wujud, ertinya kewujudannya tanpa lesen dan secara haram. Sesuatu yang wujud secara haram bukan bukti ia direstui, adakah apabila meningkatnya gejala penyalahgunaan dadah di seluruh negara contohnya bermakna ia direstui oleh kerajaan pusat?Sesuatu yang wujud secara haram perlu dibanteras, bukannya diberikan lesen, ini pendirian kami. Kami tidak sama dengan sesetengah pihak yang ingin memberikan lesen kepada kegiatan yang wujud secara haram. Lesen judi untuk pertaruhan bola sepak Piala Dunia 2010 contohnya, ada sesetengah pemimpin UMNO Kelantan berhujah ia wajar diberikan lesen agar tidak beroperasi secara haram
.
Sewajarnya semua pihak yang mempunyai maklumat mengenai kegiatan haram ini, perlu membuat aduan. Sayangnya, ada yang saban masa mencabar undang-undang yang diperkenalkan oleh kerajaan negeri. Jamuan Perdana Perayaan Hari Guru 2012 pada 15 Julai tahun lepas contohnya, diserikan dengan persembahan artis wanita secara terbuka yang jelas melanggar Enakmen Kawalan Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan 1998.Saya perhatikan laporan NST tiada butiran jelas dan tepat. Ia sekadar laporan umum dengan melindungi fakta-fakta dan individu yang terlibat, begitu juga dengan paparan TV3 yang sangat kabur dan diragui. Saya kira, lebih baik untuk disebut dengan jelas fakta-fakta kes agar ia memudahkan pihak penguatkuasa untuk bertindak.Di Kelantan, kami perkenalkan undang-undang dalam bidang kuasa kami. Namun, bolehkah kami menghalang 100% gejala sosial sedangkan di peringkat pusat sendiri senarionya lebih berat?Sama-samalah kita berusaha. Hakikatnya, jika hanya petak sawah kita sahaja dijaga daripada ular dan tikus sedangkan petak sawah di sebelah berkubang dengan anasir perosak, lama kelamaan petak sawah kita juga akan mengalamai nasib yang sama!Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat
4 comments
Tabarokallah... TGNA sangat calm. Kalaulah tulisan ini boleh terpapar di NST atau siarkan di TV3 alangkah baiknya utk membuka luas mata rakyat...
Allah maha mengetahui apa yg kita tak ketahui...
saya tak pernah setuju dengan buletin utama tv3 dan juga surat khabar utusan malaysia atau berita harian. sebab perkara yang disampai kan selalu tidak betul dan pasti ada tokok tambah. saya selalu pergi tempat bazar tok guru, tempat tok guru mengajar tapi tak ada pun kelab malam. sekurang2nya kelantan tak ada disko seperti negeri lain yang sudah tumbuh seperti cendawan.
walaupun saya bukan kelahiran negeri serambi mekah ini tapi dah 12 tahun saya menetap di sini. saya suka tinggal kat sini, berbanding sewktu saya tinggal di KL dulu. selalu traffic jammed berjam2 dan solat sering kali hampir tertinggal. memng kelantan tak ada pusat hiburan seperti negeri lain yg disukai anak2 muda mhupun dh berusia membuatkn mereka lalai. saya tak kata anak2 muda kelantan bagus2 belaka tapi sekurang2nya MB Kelatan mencegah dgn tidak membenarkan ditubuhkn kelab2 mlm di negeri itu.
bukankah mencegah itu lebih baik daripada merawat. :)
betul tu, jangan prak perandakan agama kerana politik. kita sendiri boleh tengok suasana kelntan berbeza dengan negeri lain :D hidup tuan guru :D
Smoga pihak yg suka fitnah ni diberi petunjuk oleh Allah S.W.T. Ya Allah..berikanlah pertolongan kpd hamba2 mu yg ingin melihat islam bersinar di malaysia