Budaya fitnah politik sehingga menyabitkan skandal seks pemimpin merupakan perbuatan golongan munafik. Perkara ini telah berlaku sejak dahulu lagi. Isteri Baginda yang suci pernah difitnah berzina menyebabkan Baginda sekeluarga telah menanggung kesusahan dan aib sehingga Allah membersihkannya semula.
Membaca cerita golongan munafik agama zaman Baginda yang tidak mengenal erti suci dan maruah diri hatta terhadap Nabi yang maksum inilah yang mendorong saya meyakini bahawa budaya politik porno adalah kerja musuh agama bukan hanya musuh dalam politik.
Tiada bezanya perangai munafik dahulu dan kini. Senjata mereka adalah sama. Fitnah yang MELAMPAU.
Saya menegaskan bahawa saya tidak menghina Junjungan Nabi SAW. Tweet saya telah ditafsirkan secara salah terutamanya oleh akhbar UTUSAN MALAYSIA. Apa yang menjadi fokus sebenarnya dalam tweet saya adalah UMNO dan Barisan Nasional itu sendiri.
Tekanan yang mereka hadapi bilamana ramai rakyat telah benci dan menolak mereka. Mereka merasakan kesukaran untuk mengekalkan kuasa yang sedang mereka punyai sekarang ini. PRU ke 13 sesuatu yang menakutkan mereka. Justeru mereka akan sanggup melakukan apa saja untuk mengekalkan kuasa yang ada.
UMNO dan Barisan Nasional telah banyak melakukan perkara yang hina demi kelangsungan politik mereka. Hina, fitnah, mengaibkan, rasuah, zalim, politik samseng dan banyak lagi telah menjadi amalan. Pelbagai pihak termasuk kawan apatah lagi musuh politik mereka telah menjadi mangsa.
Saya ingin menegaskan bahawa UMNO dan Barisan Nasional bersedia melakukan apa jua termasuk yang tidak terjangkau oleh akal pemikiran kita. Video seks dan cerita skandal pimpinan pakatan rakyat merupakan modal terkini yang mereka usahakan. Ini satu tindakan yang HINA dan JIJIK. Jauh bertentangan dengan nilai-nilai ISLAM dan moral yang murni.
Maka dengan ini saya ingin menjelaskan bahawa saya tidak menghina Nabi SAW, tetapi yang hina sebenarnya adalah UMNO dan Barisan Nasional.
Tulisan saya jelas, penuh ingatan dengan harapan agar rakyat Malaysia menjauhi politik fitnah porno yang menjadi senjata UMNO dan Barisan Nasional membunuh musuh politik mereka.
Saya amat jelas menginsafi kesucian Nabi dan jengkel terhadap terhadap perangai golongan MUNAFIK yang hidup bersama Baginda. Ancaman dan azab keras daripada Allah (hukum HUDUD) jelas tidak menghalang mereka untuk terus MEMFITNAH.
Ya Allah selamatkan Malaysia.
6 comments
i hate UMNO so bad...
tapi for me dia gunakan anologi yang tak boleh diterima langsung.. walau apa pun yang dia cuba sampai kan... tolonglah guna contoh lain.. nape mesti Rasulullah... yes..UMNO teruk but please keep Rasulullah away from this dirty politik...
@Tanpa NamaAGREE!
@Tanpa Nama tak kira la dia nk kata kat sapa,dia nk ckp apapun,tp org yg syg Rasulullah takkan tergamak,dan takkan sanggup kaitkan Rasulullah dgn hal2 politikmcmni!kotor!
@Tanpa Nama
Contoh yg digunakan oleh Khairul Fahmi tidak ada salahnya. Rasullulah kekasih Allah pn tidak pernah lekang dri difitnah dan dicaci. Perumpamaan yg digunakan amat tepat kerana sudah tidak ada cara lain lagi hendak diberikan kepada penyokong fanatik UMNO.
Byk pembohongan pemimpin parti ditelan bulat2 tanpa sebarang usul periksa. Jadi perumpamaan, kiranya Rasullullah difitnah oleh UMNO adakah penyokong fanatik UMNO ini masih lagi akan terus mempercayai UMNO atau akan mula mempersoalkan UMNO?
wenangnya? Dalam politik ni berbagai cara dilakukan oleh setiap parti utk kelangsungan partinya. Kita juga boleh kata mungkin PKR sendiri yg mereka video video itu. Tapi kita ada bukti ke? So kita sebagai rakyat ni jgn mudah percaya semua ini dan tak perlulah kita buat anologi yg kurang sesuai. Fikir dulu sebelum mengetuk kekunci tu.
kepada saudara Tanpa Nama 1 April 7.28 petang..
Memang apa saja yg disampaikan oleh media tunggangan UMNO akan ditelan bulat2 oleh penyokong mereka..
tapi diingatkan..
TAKDE SESIAPA pun boleh dibandingkan dengan Rasulullah saw.
apa kira PAS/DAP/PKR semulia dan sebersih Rasulullah kah?
Rasulullah manusia suci dari dosa walaupun Baginda pernah difitnah dan di hina..
TETAPI...
PAS/DAP/PKR bukan manusia suci daripada dosa dan kelemahan dan kekurangan tu mmg akan ada pada mereka walau baik mana pun mereka..
Jadi MEMANG tak sesuai nak menyama tarafkan PAKATAN RAKYAT dengan Rasulullah saw.
tolonglah jangan kerana statement kurang bijak drpd penyokong tegar Pakatan Rakyat membuatkan PARTI yang tak bersalah tu terheret busuk.
Islam itu Indah...
Yang mencacatkannya orang Islam yang tidak mukmin.
PAS itu Indah..
Yang mencacatkannya penyokongnya yang suke mencaci.. (Tak semua)
Semoga Allah selamatkan umat Islam.