Wanita di sekeliling Nabi saw / metro Rusia.


entry 2 dalam 1
Bismillah...



Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Maha Penyayang.
'Kecelakaan bagi setiap pengumpat lagi pencela, yang mengumpulkan harta dan menghitung-hitung. Dia mengira bahawa hartanya itu dapat mengekalkannya. Sekali-kali tidak! Sesungguhnya dia benar-benar akan dilemparkan ke dalam Huthamah.'
(Terjemahan ayat 1-4 Surah adalah Al Humazah)

Wanita di sekeliling Nabi saw

Wanita terdekat ialah isteri-isteri Nabi saw dan anak-anaknya.

Antara wanita lain:

FATIMAH BINTI ASAD

Beliau ialah Fatimah bt Asad bin Hashim bin Abdul Manaf bin Qusai. Beliau adalah aibu kepada Ali Abi Talib.
Beliau juga pengasuh Nabi saw bersama bapa saudaranya Abu Talib dan menganggap beliau sebagai anak sendiri.
Beliau memeluk islam dan menyembunyikan keislamannya dari suaminya.
Berbaiah dan berhijrah ke Madinah bersama Nabi saw setelah kematian suaminya Abu Talib.
Nabi saw sangat mencintainya seperti ibunya sendiri.
Wafat dengan dikapankan dengan baju Nabi saw.

FATIMAH BT AL KHATTAB

Beliau merupakan adik Saidina Umar., isteri Said bin Zaid.
Beliau merupakan orang yang terawal memeluk islam iaitu sebelum Nabi saw memulakan dakwahnya di rumah Arqam bin Abi Arqam.
Saidina Umar yang terkenal dengan garang tunduk di tangannya ketika beliau dan suami membaca surah Toha.dan akhirnya memeluk islam.
Berhijrah bersama-sama Nabi saw ke Madinah.

FATIMAH BT QAIS

Beliau adalah kakak Al Dhahak bin Munzir.
Beliau digelar Ummu Munzir. Memeluk islam dan berhijrah ke Madinah setelah suaminya hilang di medan perang di Yaman.
Beliau berkahwin dengan Usamah bin Zaid setelah dicadangkan oleh Nabi saw.
Beliau merupakan antara perawi Nabi saw.

-metro Rusia-

Pemandangan di Metro Rusia. Seperti istana lagaknya tempat menaiki kenderaan awam.

Menaiki tube/ lrt sambil menyaksikan lukisan hebat.

Di katakan mula digunakan pada 15/10/1934.


Rekabentuk yang klasik dan pelbagai.


Pada akhir 1939 , 22 station telah sedia digunakan oelh 1 juta orang awam.

Tahun-tahun terkemudian dengan kemudahan lebih moden dan terkini.

Ada kata-kata " Jika Mesir menyediakan istana buat Firaun tetapi Rusia menyediakan istana buat rakyatnya."

Segala puji bagi Allah, tuhan pentadbir seluruh alam.
Selawat dan salam kepada semulia2 Nabi, keluarga dan sahabat2nya

Ya Allah ampunilah dosa-dosa kami, dosa kedua ibubapa kami dan dosa sekain muslimin
Sesungguhnya kami mohon keselamatan pada agama, kesihatan jasad, keberkatan rezeki, bertaubat sebelum mati, mendapat rahmat ketika mati dan keampunan setelah mati.
Ya Allah, ringankanlah sakaratulmaut kami dan lepaskan kami dari api neraka dan kemaafan semasa diadakan perhitungan( hisab)

Ya Allah kami mohon syurgaMu.
Kami mohon rahmatMu.
Amin.

Sebarkan bahagia dan semarakkan amal.


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


3 comments

12 Ogos 2012 6:00 PTG

ohho cool gler train diorg >,<

13 Ogos 2012 4:42 PG

kt rusia, laluan lrt berganda2 lagi sibuk compare dgn negara kita, huh...

12 Disember 2012 9:35 PTG

gambar tu memikat tirana aduka

Catat Ulasan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Full Edit By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.