Selalu dalam bilik bedah kita selalu tengok doktor memakai baju hijau semasa bertugas. Kenapa?
Pada mulanya doktor dikatakan memakai warna putih kerana ia warna yang melambangkan kebersihan. Bagaimanapun, seorang doktor yang berpengaruh telah menggantikan warna putih dengan warna hijau kerana menurutnya warna hijau lebih sejuk.
Walaupun sukar dipastikan mengapa warna hijau paling sesuai bagi doktor untuk melihat lebih baik di ruang pembedahan, secara umumnya kerana hijau adalah warna berlawanan dengan warna merah.
Warna hijau dapat menyegarkan mata ahli bedah semasa melihat benda-benda berwarna merah, termasuk organ-organ tubuh yang berlumuran darah ketika pembedahan.
Melihat warna merah secara terus menerus menyebabkan signal warna merah di otak mengurangkan sensiviti terhadap variasi warna merah.
Alasan lainnya adalah, terus-menerus fokus pada warna merah akan menyebabkan pakar bedah kurang memberikan tumpuan dan mengganggu penglihatan doktor.
Jika warna baju-baju pakar bedah berwarna hijau, ilusi ini akan memudar dan tidak akan mengganggu penglihatan doktor.
new checklist selepas raya!
1. jogging 2 x seminggu
2. jgn malas buat chores
3. setadi lek lok utk final
4. lebih serious buat kerja & tolong org
5. stop jadi inferior complex kejadah tak membantu dlm kehidupan
6. lebih hunger dlm menuntut ilmu
7. husnuzon husnuzon husnuzon(bersangka baik) dgn semua org!
sekian-
4 comments
oo gitu.. ada logiknya.. sama mcm kita g kedai perfume.. kenapa ada biji kopi.. kan kan...
yup, btul tu.. pnah baca berkenaan kaler hijau sblom ni ^^
o0o0...baru tau....sebelum ni tak pernah terpikir plak....hehehe...thanks for sharing...
logik jugak kan...hijau ni actually cooling down...that's why pokok-pokok tu semuanya colour hijau...