Dompet Tok Guru Hanya Sampul Surat...



Dompet Tok Guru Hanya Sampul Surat...

JOHOR BAHRU – Sifat merendah diri dan zuhud terserlah ketika Tuan Guru Hj Nik Abdul Aziz Nik Mat, Mursyidul Am PAS ingin mengeluarkan wang lalu dompetnya terjatuh di atas lantai pada program Himpunan Hijau Ke Putrajaya peringkat Negeri Johor di Dataran Dahlia, dekat sini, baru-baru ini.


Menariknya, apabila dompetnya itu hanyalah sekeping sampul surat biasa telah membuatkan ramai yang terkejut dan sukar untuk mempercayai seorang yang bertaraf menteri besar hanya memiliki sesuatu seperti demikian.

........................

Bila taasub mula menguasai.. 
Yang benar, dibangga-banggakan. Yang salah dibenarkan. 
Akhlak mula reput dari jiwa. 
Semata mengagungkan insan/ kumpulan yg disanjungi, ikatan aqidah biar terbelah. Asal menang, takkan pernah mengalah. 
Perjuangan Islam dilaung-laungkan, tapi terkumat kamit memaki hamun tanpa batasan.
Inilah fitnah buat Islam tercinta. 

Perlunya memilih dengan kefahaman.
Bahawa yang diperjuangkan adalah martabat Islam.
Yang sememangnya mulia tanpa kita.
Jangan cemarinya dengan buruknya akhlak .
Semakin menjauhkan dari manusia bukan mendekatkan.

Amal yang kita hitung tak sama dengan hitungan Allah.
Banyak sikit belakang kira.
Buruk bukan semata dicaci maki, tapi untuk ditunjuki.
Baik bukan semata dicanangkan, tapi untuk dijadikan amalan.
Akhirnya kepada Allah kita kembali, yang dahulunya dari Allah jua kita datang.
Saat itulah perhitungan bermula.
Dalam kebaikan ataupun sebaliknya.

Semua dari kita tidak mengetahui.
Bagaimana keadaan kita akhirnya.
Bahawa setiap manusia dalam genggaman Tuhan.
Itulah yg jadi sempadan.
Mungkin mereka lebih baik dari kita di sisiNya...

~Ya Allah, kuatkan aqidah kami kepadaMu, sucikan amalan kami dengan ikhlas, indahkan akhlak kami dengan akhlak mulia. Ampuni hambaMu ini Ya Allah~

p/s-Kalau ada rasa tak kena dengan Islam, hakikatnya kita sendiri yang masih tak faham Islam sepenuhnya. ^^ 












Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


5 comments

22 Julai 2012 pada 6:55 PTG

berbeza sangat2 orang biasa dgn tokoh2 ulama..


p/s : NAL perlukan detail size header.

23 Julai 2012 pada 12:35 PG

tersentuh bile bc

23 Julai 2012 pada 3:15 PG

Semoga kita tidak terlalu taksub pada dunia yang sementara....Tahniah sebab menang header kat blog NAL..

23 Julai 2012 pada 10:42 PG

selamat berpuasa awak .. :)

23 Julai 2012 pada 11:21 PG

ain terlalu bangga dgn beliau..cara beliau jadi pemimpin..sungguh berserderhana...teringat pada nabi muhammad...semoga Tuhan sentiasa melindungi belaiu...ameen..

Catat Ulasan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Full Edit By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.