Biar Oh My English!..Jangan Oh My ISLAM!


Photo
Bila dah tugasan makin banyak, takkan amalan dan usaha untuk meningkatkan produktiviti diri masih sama? Allahu Musta'aan..

mood: Muhasabah

Yang menjadikan mati dan hidup, supaya Dia menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya. [al Mulk 67:2]. Kalimah "lebih baik amalnya" (أحسن عملا ) ialah siapa yang amalannya paling ikhlas dan paling betul (أخلصه وأصوبه). Ini kerana sesuatu amalan jika ikhlas tetapi tidak betul maka ia tidak diterima. Begitu juga sekiranya amalan itu betul tetapi tidak ikhlas, maka ia tidak diterima.

Maka tidak boleh seseorang berkata saya ikhlas solat Zohor 5 rakaat, atau saya ikhlas berpuasa pada 1 Syawal atau saya ikhlas melakukan sesuatu kerja tetapi perbuatannya salah. Kenyataan sebegini adalah batil. Niat yang ikhlas wajib disusuli dengan amalan yang betul menurut syari'at. Bahkan jika dia tetap melakukan amalan yang tidak betul walaupun niatnya ikhlas, tindakan ini boleh mendorong kepada bida'ah. 


Ayat-ayat cinta hari ini:

-Bukankah Allah telah memperkenankan doa orang yang dalam kesulitan apabila ia berdoa kpd-Nya dan menghilangkan kesusahan dan menjadikan kamu sebagai khalifah di bumi? Adakah di samping Allah ada tuhan yang lain? Sedikit sekali nikmat Allah yang kamu ingat.

- Bukankah Dia yang memberi petunjuk kepada kamu dalam kegelapan di daratan dan di lautan dan yang mendatangkan angin sebagai khabar gembira sebelum kedatangan rahmatNya. Apakah di samping Allah ada tuhan yang lain? Maha Tinggi Allah terhadap apa yang mereka persekutukan. (An-Namlu, 61-62)

Jom khatam Al-Quran sekali khatam pada Ramadhan ini:)

Allah sembunyikan 4 perkara dalam 4 keadaan. :)



Kadang-kadang kita sangka kita ini baik, sering mengajak kepada kebaikan, tetapi kita mungkin hanya perasan. Kita sangka kita mengajak kepada kebaikan, tetapi kenapa manusia sekeliling semakin menjauh diri?

mode-Sedang membaca Robohnya Dakwah Di Tangan Para Da'i (Pendakwah) tulisan al marhum Ustaz Fathi Yakan. 


ila.liqa.
maassalamah..


-Selamat berRamadhan-










Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


3 comments

23 Julai 2012 pada 5:26 PTG

semoga kite dirahmati di bln rmdhn ni

23 Julai 2012 pada 9:53 PTG

nice sharing..

24 Julai 2012 pada 12:04 PG

Yup! ^^

Catat Ulasan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Full Edit By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.