Deruman Kereta Kebal Depan Rumah





SEPANG : Seorang pelajar Malaysia di Damsyik, Khairul Nizam Mohd. Said melahirkan rasa syukur kerana selamat menjejakkan kaki ke tanah air semalam setelah dia bersama tiga rakannya terpaksa berkurung di dalam rumah selama seminggu terakhir berada di ibu kota Syria itu.

Menurutnya, pengalaman berada di tengah-tengah lokasi pertempuran antara Tentera Pembebasan Syria (FSA) dan tentera kerajaan merupakan detik paling menakutkan yang pernah dialami sepanjang hidupnya.

“Di luar rumah sepanjang tempoh tersebut, saya dapat mendengar deruman enjin kereta kebal yang melintasi pintu rumah selain bunyi tembakan bersilih ganti,” katanya ketika ditemui sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) semalam.

Khairul Nizam, 31, yang merupakan penuntut Ma’ahad Fatah Islami memberitahu, bunyi tembakan daripada kereta kebal adalah detik yang begitu mencemaskan sepanjang berada di Damsyik.

“Semasa pertempuran berlaku, saya dan rakan-rakan tidak tahu nak buat apa, kami hanya berdoa agar rumah tidak menjadi sasaran bom atau peluru sesat.

“Kami juga tidak berani untuk meninjau keadaan semasa di luar rumah dan berharap pihak FSA dan tentera kerajaan beredar dari kawasan kediaman,” ceritanya. – Kosmo



Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


2 comments

27 Julai 2012 pada 9:19 PG

alhamdulillah..diaorang selamat pulang ke malaysia.

27 Julai 2012 pada 9:23 PG

takutnya.. kejadian depan mata.. tp alhamdulillah diorang selamat..

Catat Ulasan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Full Edit By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.