ADAM,KENALILAH HAWA



Hawa itu kadang keliru. Mahu terus membisu, bimbang disalahtafsir. Mahu berlaku jujur, terpalit segan. Mahu menutur kata, bimbang hati dicemari.

Hawa itu kadang cemburu. Melihat yang lain mendapat itu ini sedangkan dia tahu dia tidak mampu memilikinya.

Hawa itu kadang buntu. Mahu diceritakan, dia juga tidak tahu apa puncanya.

Itu kisah Hawa. Mungkin kisah itu tidak bisa menyentuh hati seorang Adam, tapi jika dia Hawa, jiwanya pasti meruntun sayu mendengarnya.

Aneh bukan? Ya, kerna Hawa itu sifatnya aneh.

Lalu, harus bagaimanakah?

Pasti, aku juga tidak punya jawapan untuk itu.

Hawa. Hatinya sangat rapuh. Jiwanya sangat sensitif. Matanya mudah saja berkaca. Kata mereka itu tanda lemah. Tapi aku bilang itu fitrah.

Bukan mereka mahu mengundang simpati, tapi cukup untuk meluahkan rasa di hati. Jangan sesekali terjemahkan itu sebagai kekalahan. Tidak sama sekali! Itulah sebenarnya punca kekuatan dalam ketahanan mereka.

Adam, aku khabarkan bukan untuk minta engkau mengerti, kerana aku; Hawa, juga tidak pernah mengerti.

Cukuplah agar engkau tahu. Moga engkau tidak mudah mengusik hatinya. Hati yang punya sarat perasaan. Perasaan yang kadang menjerat dirinya dalam silap menterjemah erti di sebalik kata seorang Adam, dalam silap mentafsir maksud di sebalik tingkah seorang Adam.

Dan berhentilah dari terus mengganggu hidup hawa seandainya kamu tidak berniat untuk menjadikan dia sebagai bidadarimu..

Biarlah hawa itu terus sendiri dalam penantian cinta yang diredha Illahi..

InsyaAllah..



Senyum walau apa pun yg berlaku :)

Photo



Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


4 comments

13 Jun 2012 pada 2:20 PTG

secara jujurnya uncle minat baca etnry kamu..tapi disebabkan bahasa sungguh puitis dan tinggi sering menggagalkan uncle untuk mengomen huhuuu...tapi tak kisahlah kan> asalkan ada komen dari uncle...menampakkan bahawa uncle mmg membaca hihihi

13 Jun 2012 pada 2:49 PTG

yup, insyaALLAH.

13 Jun 2012 pada 4:40 PTG

terima kasih uncle sebab sudi singgah ..jazakallah khair.. :)

13 Jun 2012 pada 4:41 PTG

moga dear ukhty sihat selalu di bawah lindunganNYA.. AMIIN...

Catat Ulasan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Full Edit By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.