Siapa yang tak sanggup lakukan 8 perkara itu haruslah lakukan 8 perkara ini supaya mencapai pahala yang 8 itu.
1) Sesiapa yang ingin mendapat pahala puasa sunat sedangkan dia tidak berpuasa, maka jagalah lidahnya.
2) Sesiapa yang ingin kelebihan seperti para ulamak, maka hendaklah dia suka berfikir.
3) Sesiapa ingin pahala Jihad sedangkan dia berada di rumah, hendaklah dia berjihad melawan syaitan.
4) Sesiapa yang ingin pahala sedekah sedangkan dia tidak mampu bersedekah, maka hendaklah dia mengajar ilmu daripada apa yang dia telah pelajari.
5) Sesiapa yang mendapat pahala haji sedangkan dia tidak mampu, maka hendak sentiasa menunaikan solat Jumaat.
6) Sesiapa yang ingin Fadhilat Ahlul Ibadat, maka hendaklah dia memperbaiki hubungan sesama manusia dan jangan menimbulkan persengketaan sesama manusia.
7) Sesiapa yang ingin mencapai Fadhilat Abid ( Orang yang sentiasa dalam ibadat kepada Allah SWT ) , maka hendaklah dia meredhai kepada sahabatnya dengan apa yang dia redhai pada dirinya sendiri.
8) Sesiapa ingin mendapat pahala solat malam semasa tidur maka jangan melakukan maksiat pada siang harinya.
Rujukan : Kitab Tanbihul Ghafilin. Jilid 1 & 2. M/S : 810.
nota hati- pahala ni utk org yg beriman kepada Allah je dan peringatan kepada yg lalai yg ingkar perintahnya.... ibadat adalah pokok jgn tinggal dan jgn lakukan perkara yg dilarang oleh agama..adilah orang-orang yang beriman dan beramal soleh,bukan jadi orang-orang islam dan yang beramal soleh......sebab ramai org baik yang tak sakitkan hati orang dan yang solat....tapi tidak beriman.
3 comments
Salam. Sy copy ek. Nti link kan ke blog awak..;)
Tengkyu perkongsian! ;)
waalaikumussalam...
tafadhal ukhty dengan senang hati :)
tqvm for the info! ^^