Kita selalu mengeluh pabila ditimpa ujian drp DIA.
*Haish*
Tapi..tahu tak ujian tu tanda rindu ALLAH pada kita?
Mengapa pabila orang 'istimewa' rindu kita gembira?
Sebaliknya pabila ALLAH rindu kita, kita mengeluh??
Astaghfirullahal'azim :(
[sygnya Allah ketika mana DIA sdg mnguji kita]
[jom, teruskan berdoa]
Subhanallah :')
Buat diri ku dan diri mu, kuaklah tirai hari ini dan ingatkan diri... aku adalah pelajar di universiti kehidupan ini. Hari ini Allah pasti mengajar ku melalui perlakuan-perlakuan manusia lain kepada ku. Dan aku mesti belajar dengan orang lain, kejadian, peristiwa itu – pahit atau manis.
Jika manis, Allah mengajarku erti syukur. Jika pahit, Allah mengajar ku erti sabar. Jika dikecewakan, aku sedang belajar hakikat tawakal. Bila cemas, Allah mengajar ku erti raja' (mengharap). Jika sedikit, Allah mengajar ku erti qanaah (berpada-pada). Ya Allah, lepaskan hati kami dari asbab-asbab ini, agar kami bebas dan tenang berpaut pada 'musabbabil asbab' (Penyebab segala sebab) – wajah MU ya Allah.
Pujuklah hati, katakan, didikan ini demi cinta-Nya jua.
moga TIDAK tercampak jauh...