(Yang Menguasai Hari Pembalasan) [al Fatihah 1:4].
Ayat ini seperti menempelak pemimpin-pemimpin didunia yang takabbur, angkuh dan sombong dengan kerajaan mereka semasa di dunia. Tuhan seperti mengatakan, 'kamu angkuh semasa didunia dengan kerajaan (pinjaman) kamu, tetapi hari ini (Hari Pembalasan) Aku (Tuhan) adalah raja (Malik).' Perhatikan baik-baik terhadap amalan kita baik pemimpin, menteri, ulama, raja, suami, bapa, abang, pengarah atau sesiapa saja. Kerana di SANA hanya Tuhan (Rabb) yang berkuasa, bukan manusia.
-Note-
Sebelum mata terlena..
Izinkan ana hapuskan dosa ini.
Hati yang terlampau menghitam,
Penuh lompong dosa.
Allah,
Bagaimana untuk ana bertamu ke medan akhirat sana,
Andai amalan yang dibawah masih kosong untuk dibawa.
Sahabat,
Masa untuk berubah itu masih ada,
Jangan bergaduh,
Jangan menghina,
Jangan memulakan perpecahan.
Berikan masa untuk hatimu berubah.
Berikan untuk diri berubah,
Masih belum terlambat selagi masih ada waktu.
Hati masih bisa dicuci.
Jiwa masih bisa diwarnai.
Duhai hati,
Hatimu tidak layak untuk berbuat maksiat.
Hatimu hanya layak untuk berbuat kebaikan.
Allah ciptakan sekeping hati pada dirimu agar punya rasa,
Agar hati itu terisi dengan roh keimanan.
Duhai jiwa,
Jiwamu tidak layak untuk dikotori,
Jiwamu hanya layak untuk diteladani.
Teladani jiwamu dengan Al Quran.
Sucikan jiwamu.
Jadilah kamu wanita solehah.
Pergi jauh-jauh wahai kejahatan.
Ana mahu jadi solehah.
Jangan pernah engkau hadir untuk merosakkan satu jiwa yang dahagakan kasih sayang Ilahi.
Amin Yarabbal alamin...
1 comment
sedarkah kamu kita kini di era ya'juj wa ma'jud?
not agree?
lihat pemimpin2 dunia kini.
fasad berleluasa.
Syeikh Imran - Surah Al-Kahfi Dan Zaman Moden