Ked : " Aku teringin nak masuk syurga."
Chad : " Siapa yang tak nak?"
Ked : " Kalau kau masuk dulu,tarik aku sama."
Chad : ( sengih )" Jom ambil air sembahyang."
Allah berfirman, "Kamu tidak tinggal (di bumi) melainkan sebentar sahaja, jika kamu benar-benar mengetahui." Maka apakah kamu mengira bahawa Kami menciptakan kamu secara main-main (tanpa ada maksud) dan bahawa kamu tidak akan dikembalikan Kami? ~ (al-Mukminun : 114-115)
~The man that decided to change on the twelfth hour dies on the eleventh.~
tak kira tempat, tak kira masa, tak kira bila..
kita pasti akan dikembalikan kepadaNya semula..
dan masa tak pernah menunggu manusia..
~contengan jalanan~
Tiada gunanya kita popular bomm bomm kedababomm di dunia itu, tetapi langsung tidak dikenali oleh penghuni langit dan seisinya. Apa guna kita popular di mata manusia tapi kita hina dina pada pandangan Allah? Apa gunanya kita artis dan selebriti di dunia ini, menjadi pujaan dan idola setiap makhluk yang bernyawa, tetapi kita menjadi cacian dan kutukan para malaikat dan bidadari setiap hari..?
Air mata mengalir perlahan.
Jadilah seperti Uwais al-Qarni, yang langsung tidak dikenali oleh penduduk bumi, tetapi amat disanjungi dan dihormati oleh penghuni langit..! Itulah erti kata popular, feymes dan terhormat yang sebenar! Biar kita hina dan dipandang dina oleh masyarakat dunia, asalkan kita menjadi V.V.I.P. di akhirat nanti, disambut dengan permaidani syurga dan ditabur dengan bunga-bunga harum dari taman-taman syurga!
okebai-