Siapa Mahu Ikut Salman Al Farisi?



Ketika menyelak-nyelak buku sejarah untuk menulis sebuah buku tentang 10 mereka yang berani mati, terdapat kisah seorang sahabat Rasulullah yang sebelum ini saya tidak temui. Mungkin anda sudah membacanya tapi saya, inilah baru pertama kali menemui secebis kisah ini walaupun Salman Al Farisi seorang arkitek yang masyhur dalam peperangan Khandak.


1.
Ketika beliau bertuga sebagai Amir di kota Madain, ia telah menolak untuk menerima gaji walaupun satu dirham. Ia tetap membiayai hidupnya dan keluagranya dari hasil menganyam dan merajut daun-daun kurma yang dibuat bakul kemudian dijualnya. Pakaiannya tidak lebih sehelai baju luar.

Sekarang: dengar khabar ada pemimpin yang membuang sehelai baju setiap hari, kasut tumit tinggi sahaja hampir selori, membeli belah pakai van dan cerut sebatang RM250.


2.
Satu hari ketika sedang berjalan di sebatang jalan, dia didatangi seorang lelaki dari Syiria menanggung sebakul buah tin dan kurma dalam keadaan sukar dan lelah. Lelaki itu tidak mengenali Salman, lalu meminta Salman turut membawa bakul buah itu bersama ke tempat yang dituju.

Salman dengan rela hati melakukanya.

Dalam perjalanan itu, laki bersama Salman yang merengkuh membawa buah-buah itu bertembung dengan satu rombongan. Salman memberi salam. Rupanya rombongan itu mengenali Salman sebagai Amir.

Maka guguplah lelaki yang meminta Salman membawa buah-buahnya. Lalu lelaki itu pun meminta maaf dan meminta semula bakul-bakul yang dibawa oleh Salman.

Salman segera menjawab: “ Tidak, biar aku aku hantar sampai ke rumahmu.”

Sekarang: Era jangan bekerja untuk saya tapi bekerjalah bersama-sama saya, sudah berlalu dan 1Malaysia sedang digauli. Siapa sudi membawa ikon Salman Al-Farisi?


3.
Satu ketika Salman pernah ditanya orang, kenapa dia tidak menyukai jawatan Amir? Salman menjawab:
“ Kerana sangat manis ketika menjawatnya tetapi sukar hendak melepaskannya.”

Sekarang: Jawatan yang disandang sudah jadi macam pelepah pisang tua.


4.
Ketika hendak mendirikan sebuah rumah dari lebihan bangunan, Salman bertanya kepada tukang rumahnya:
“ Bagaimana bentuk yang kamu hendak dirikan rumah ini?”

Tukang rumah itu sememangnya tahu Salman orang yang sederhana dan bukan dari orang yang suka bermewah-mewah, lalu dikatakan kepada Salman: “ Janganlah tuan bimbang, rumah yang akan saya lakukan ini, hanya untuk berteduh ketika panas dan berlindung ketika hujan. Jika tuan berdiri, kepala tuan akan menyentuhi langit bumbung dan jika tuan berbaring, kaki tuan akan terhantuk kepada dinding.”

Dengan selamba Salman berkata: “ Betul tu, begitulah yang saya mahu.”

Sekarang: Tertanya-tanya oleh sesiapa pun, berapa juta rumah mantan-mantan, berapa juta ladang kuda, berapa juta lagi di Prisent-prisent dan berapa juta lagi rumah anu-anu?


5.
Di saat firasatnya mengetahui bahawa ia akan dijemput Allah ke alam baqa, Salman tidak mempunyai apa-apa yang berharga, kecuali satu. Ketika menjelang nazak, Salman meminta isterinya mengambil sebungkus kasturi yang sangat dihargainya. Meminta isterinya mengambil secangkir air lalu dibancuhnya dengan tangannya. “Perciklah air ini di sekelilingku. Sekarang sudah hadir makhluk Allah (malaikat) yang tidak gemar makan tetapi gemar wangi-wangian.

Tutuplah pintu rumah dan keluarlah,” katanya kepada isterinya lagi.

Setelah beberapa ketika, isterinya pun masuk semula ke dalam rumah, alangkah pilunya apabila mendapati Salman sudah wafat.

Rupa-rupanya ketika isterinya di luar, rohnya sudah terbang melayah ke alam yang tinggi, terbang dengan sayap kerinduan, menemui janjinya.

Sekarang: Akan bertanya orang yang sedang nazak, saham aku macam mana, syarikat kita apa jadi? Dan akhirnya setelah meninggal, anak isteri bercakaran, samam menyaman kerana pembahagian harta tak memuaskan.

Demikian adanya...


kredit to azizi abdullah


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


2 comments

14 Mei 2012 pada 12:39 PG

cukup kuat dalamannya...andai semua islam skg begini maka kita semua akan bangkit kembali...yg penting berkat...

20 November 2012 pada 7:09 PTG

salam.
Singgah ptg.

Catat Ulasan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Full Edit By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.