Allah da bagi jawapan..?



"Undang-undang sekarang tak adil."
"Tak ikut Al-Qur'an dan Sunnah."
"Ambik lagi sistem kafir laknat tu."..

itu yang biasa kita dengar...

Kebiasaan alasan di atas ni merupakan 'direct shot'
tambah-tambah daripada pembenci sistem demokrasi..


Terus terang, ana tak mengatakan pendapat diorang salah.
Memang betul, undang-undang buatan manusia yang diguna
pakai dalam sistem kat Malaysia ni tak sempurna, tak adil.


Sistem perundangan di Malaysia diambil pakai berdasarkan
penerapan English Law (Common Law) disebabkan Malaysia
pernah dijajah oleh British sebelum ni. Malaysia jugak turut
mengaplikasikan sistem perundangan negara Komanwel.


Inilah sebabnya para-pembenci-demokrasi tak suka sistem ni.
Sistem ni diambil pakai daripada sistem penjajah.


Memang betul, kita perlukan sistem Khilafah untuk Malaysia ni
sebagaimana yang HT demand sehabis-habisnya.


Tapi cuba la fikir, adakah rakyat negara boleh adapt sesuatu
yang datang secara mendadak? Fikirkan cara yang sesuai.
Ok cukup, aku taknak cerita pasal demokrasi.


Fokus entry ana kali ni adalah pertembungan antara
sistem undang-undang dengan konflik nilai.


Bagi kita orang Islam, apa-apa yang 'berwajah kejahatan'
macam fitnah, khianat, cakap benda yang tak elok kat orang, dsbnya mesti akan
dikira sebagai perbuatan dosa dan bertentangan dengan
ajaran Islam kan?


Tapi bagi pengamal undang-undang, diorang melihat dari
perspektif yang lain pulak. Sori, diorang tak fikir camtu.





Misal kata, menulis di blog.
Menyiarkan berita-berita yang tak elok, dan kadang-kadang
tak betul, boleh membawa kepada fitnah dan adu domba.


Logiknya, mesti kita akan fikir,
"Eh, ni berdosa ni!"


Tapi pengamal undang-undang takkan berfikir macam tu.
Diorang anggap, selagi mana perbuatan tu tak melanggar
apa-apa peraturan atau akta kat tempat tertentu,
biarkan la. Takde kaitan dengan peraturan sedia ada pun.


Inilah yang dinamakan konflik nilai.


Kekurangan yang wujud disebabkan undang-undang manusia.


Senang cerita, undang-undang buatan manusia ni
bukannya melindungi kebenaran (yang hak) macam yang
Islam anjurkan.


Tapi melindungi bahagian kebatilan (yang salah) pulak.


Contoh mudah.
Orang baik yang kena rompak, ragut apa semua tu
bukannya dapat pampasan ke ape ke daripada penguatkuasa
kawasan tu (sebab tak jalankan tanggungjawab).


Orang jahat yang mencuri, merompak, membunuh, dll la
tu pulak yang dapat layanan istimewa.


Kenapa?


Duduk dalam penjara, makan free, tidur senang,
terhindar daripada orang-orang kat luar yang nak balas
dendam kat diorang. Cukup masa, keluar penjara.


Inikah namanya keadilan?

omaiiiiiii!


*berlaku adillah dengan Allah!  jangan tunggu sampai Allah 'tegur' dengan bala...

Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


5 comments

12 April 2012 2:20 PTG

Betol. Tp takut2 jika tiada golongan spt. HT yg melaungkan perjuangan khilafah, masyarakat leka dgn demokrasi. Rata-rata mereka sudah lali dgn sistem kuffar.

12 April 2012 4:53 PTG

Agama itu adalah jalan. Hanya ada 2 jalan. Satu jalan 'sesati' dan satu lagi jalan 'benar'. Maka, Islam adalah jalan yang benar. Selain itu adalah sesat. Sesuai dengan firman Allah, "Agama Allah yang suci itu adalah yang tiada unsur syirik di dalamnya." Maka, itulah jalan yang lurus lagi diredhaiNya...

Tanpa Nama
13 April 2012 9:18 PG

Assalammualaikum.Yalah, saya hanya dapat kata mereka tidak menyesuaikan diri dengan islam. Sebaliknya mereka menyesuaikan Islam dengan diri mereka.akibatnya, peraturan (dari alquran) mana yang mereka rasa tak releven diguna pakai zaman kini, disingkirkan...sedih betul. rasa nak bawak diri jauh-jauh tinggal dalam hutan atau dalam gua...

13 April 2012 9:41 PG

^_^ syukran di atas pencerahan dari akhi.. semoga kita tergolong dari kalangan orang yang berfikir...semoga allah tetapkan hati kita dengan cahaya iman dan islam...agar setiap perkara yang mendatang kita dapat berfikir dgn fkiran yang bersih yang dikawal oleh iman...baru lah hati kita akan sentiasa hidup denagn ruh islam dan redha dgn setiap aoe yang berlaku seterusnya beryukur dgn rahmatNYA yang sangat besar ini kepada kita... tinggal dlm gua ...oke la tu..
-ashabul khafi- :')

13 April 2012 9:43 PG

waalaikumussalam... :)

Catat Ulasan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Full Edit By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.