‘Al-Quran, the love letter from Allah’








Rauf tersentak apabila terdengar azan. sambil melihat jam tangan pemberian isterinya..Humaira..Pantas dia menarik earphone itu. Dia menoleh ke kiri. Humaira dah tidur.
“eeerr.. awak…” Rauf cuba mengejutkan isterinya lagi.
“awak…bangun. Dah azan Asar ni..” Humaira bangun dengan mengosok matanya.
“abang saya ABC la. Abang solat lah..” Rauf pelik. ABC ape lah kebendanya ni...
“awak, dah Asar. Kalau nak makan ABC jap lagi kita keluar.” Humaira memandang Rauf.
“Allah Bagi Cuti. Sakit perempuan.” Rauf teragak-agak.
“oh.. haa. Okay-okay. Saya solat dulu.”
Rauf telah pun bangun untuk menuju ke bilik.
“abang.”
Langkah Rauf mati. Dia menoleh.
“doakan rumah tangga kita sampai syurga.” Humaira senyum dan gaya menadah tangan.
“Ohh!!..sure.”
*************
“abang, saya nak cari buku masak..” Rauf hanya mengangguk dengan tangannya yang ada dua beg kertas barang yang dia beli dan Humaira beli tadi.
“..nanti jumpa abang dekat kaunter lah.” Kata Humaira sambil berjalan ke buku-buku Islamik. Terdetik hatinya tafsir Al-Quran. Rauf pergi ke kaunter pertanyaan dalam kedai buku itu.
“ada boleh saya bantu encik?”
“hm, ada tafsir tak? Hmm.tafsir Al-Quran?”
“maaf encik tiada stok.” Rauf senyum paksa.
“okay. Thanks.” Kenapa tiba-tiba rasa sebak ni.
Tiba-tiba, Humaira datang.
“ abang tak beli apa-apa?”
“tak. Awak dah jumpa buku?” Humaira senyum dan menunjukkan buku itu pada Rauf.
“tadaaa… nanti kita try dekat rumah ok?”
“okay.” Rauf membayar buku itu. Sewaktu mereka telah keluar dari kedai buku itu. Pekerja kedai buku itu berbisik.
“wah,romantiknya mereka!”
“tahu tak apa. untungkan wanita itu dapat suami yang punya lah handsome dan baik!”
“mana kau tahu baik?”
“tadi dia nak beli tafsir Al-Quran.”
“oh, memang padanlah. Perempuan itu pun alim je.”
“sweet kan. Suami dia just pakai t-shirt berkolar dan seluar slack, isterinya just pakai baju kurung dengan tudung labuh. Baju dorang warna match. Jalan pegang tangan”
“superb! Romantic!”
“betul-betul.”
**************
Rauf sibuk membuat kerjanya di ruang tamu bersama laptopnya. Lama dia bercuti selepas pergi ke pondok hari itu. Justeru, banyak kerja yang perlu di lakukan.
“abang..” sapa Humaira manja.
Rauf senyum. “kenapa?”
“nah..” Humaira menunjukkan sesuatu pada Rauf. Rauf mengambil dan berfikir.
“birthday saya rasanya belum lagi..”
“abang buka lah dulu. Saya dah ngantok. Jangan tidur lewat-lewat tau. Nanti dah masuk bilik tolong perlahankan air-cond. Nite abang. Assalammualaikum.” Humaira nampak penat. Mana tidaknya sehari suntuk berjalan.
Setelah Humaira masuk ke bilik. Perlahan-lahan Rauf membuka balutan itu.
“subhanaALLAH, tafsir Al-Quran..” terasa macam nak mengalir air mata Rauf. ‘Al-Quran, the love letter from Allah’ – isterimu. Rauf turn off laptopnya. Kertas-kertas yang bertaburan di perkemaskan. Setelah selesai berkemas bahan-bahan kerjanya Rauf mengambil tafsir itu dan masuk ke bilik. Samar-samar. Hanya lampu di sisi katil sahaja yang menyala. Dia lihat Humaira sudah lena tidur.
Mungkin penat sangat. Rauf senyum. Dia meletakkan tafsir itu di atas meja make-up. Seluar di lipat.Rauf menuju ke tandas. Dia perlu melakukan sujud syukur kerana dia memang beriya-iya hendakkan tafsir Al-Quran itu. sewaktu pekerja kedai itu mengatakan sudah habis stok dia seakan kecewa teramat, entah. Tidak tahu kenapa perasaan itu timbul. Sungguhlah kemanisan iman itu sungguh manis.




Terima Kasih ALLAH...
*****************

to be continued...




Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


1 comment

14 April 2012 pada 3:15 PG

Lepas ni akak pun nk guna alasan ABC gak.. He he he..

Catat Ulasan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Full Edit By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.